アプリをダウンロード
0.91% Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 11: Kebencian Terubat

章 11: Kebencian Terubat

編集者: EndlessFantasy Translation

Selepas berita PR Han Yufan dimuat naik, dia membayar beberapa akaun sosial yang berpengaruh untuk membersihkan reputasi mereka. Tiga hari seterusnya, dia menggunakan semua cara yang ada untuk membersihkan imej dan profesionalisme Mo Yurou – sekali lagi, niatnya adalah untuk menyalahkan Tangning. Lagipun, gosip seperti ini biasanya hanya bertahan beberapa hari sampailah orang awam menjadi bosan. Apabila berita baru dikeluarkan, skandal kecil ini akan lupus daripada ingatan semua orang. Tidak lama lagi, Mo Yurou akan mampu untuk kembali bekerja.

Rancangan mereka adalah untuk membantu Mo Yurou memenangi Anugerah Model Sepuluh Teratas dan kemudiannya mengumumkan yang dia akan ke lur negara untuk sambung belajar. Dalam tempoh tersebut, dia boleh melahirkan anak mereka secara diam-diam. Sebab tunggal Han Yufan sanggup menerima anak tersebut adalah kerana Mo Yurou adalah cinta pertamanya dan dia sudah lama menunggu di sisi Han Yufan dengan begitu sabar selama bertahun-tahun lamanya. Yang lebih penting lagi, sekarang ini Mo Yurou mempunyai masa depan yang menjanjikan, jadi Han Yufan tidak mahu menggadaikan sumber wangnya.

Pengurus Tangning menunjukkan reaksi yang begitu ironi tatkala dia melihatkan berita PR yang dikeluarkan oleh Han Yufan. Dia pergi ke rumah Tangning secara senyap-senyap dan masuk ke dalam memandangkan dia mempunyai kunci rumah tersebut. Tetapi, apa yang mengejutkannya, Tangning tidak berada di rumah.

Dalam keadaan teragak-agak, dia memutuskan untuk menelefon Tangning. "Tangning, kenapa kamu tidak berada di rumah?"

Tangning sedang mengisi tab mandi untuk Mo Ting. Dia tergelak kecil. "Saya tidak berkesempatan untuk memberitahu kamu…saya sudah berpindah rumah."

"Ke mana kamu berpindah? Adakah ianya selamat? Adakah Han Yufan tahu?"

Tangning berpusing dan melihat ke arah Mo Ting yang baru sahaja memasuki bilik mandi. Sebaik sahaja dia mahu menerangkan perkara tersebut, dia dicelah oleh Mo Ting yang tidak perasan bahawa dia sedang bercakap di telefon. "Benda begini, kamu patut serahkannya pada pembantu rumah sahaja..."

Di hujung sebelah sana, Long Jie mendengar dengan prihatin. Dia terdengar suara lelaki dan segera bertanya dengan suara nyaring, "Tangning, kamu dengan siapa? Adakah kamu mengambil langkah melampau hanya untuk membuat Han Yufan sedih? Saya sudah agak, siapa sahaja yang mahu menolong peragawati yang sudah berundur dalam keadaan kucar-kacir begini. Kamu…kamu benar-benar mengecewakan saya. Ada orang yang menyokong kamu kah?"

"Di manakah kamu? Saya akan pergi jemput kamu…kamu tak perlu jatuh ke tahap serendah ini…"

"Di manakah kamu? Saya perlu jumpa kamu sekarang atau saya akan mati!"

Tangning tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia melihat pada Mo Ting sambil menutup bahagian mikrofon suara pada telefonnya dan meminta pandangan Mo Ting. "Pengurus saya ada sedikit salah faham mengenai saya berpindah rumah. Jadi, saya perlu keluar seketika untuk menerangkan hal ini kepadanya."

"Adakah kamu percayakan dia?" sebenarnya, Mo Ting sudah pun menyiasat Long Jie secara peribadi. Dia sangat bersemangat dan profesional. Walaupun dia hanya berfikiran lurus dan tidaklah begitu hebat sebagai seorang pengurus, dia sememangnya setia kepada Tangning dan orang yang boleh memberi bantuan jika diperlukan.

"Ya."

"Jadi, biar saya pergi jemput dia secepat mungkin."

Tangning memikirkan perkara itu berhati-hati. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Mo Ting dan dia percayakan pertimbangannya. Dia bukannya Tangning yang dahulu yang akan membiarkan orang lain mempermainkannya. Jadi, Tangning memberitahu Long Jie yang dia akan menghantar seseorang untuk menjemputnya dari rumah lamanya.

Long Jie mengeluh, dengan rasa sedikit kecewa.

Tangning tersenyum selepas mengakhiri perbualan. Dia meletakkan telefonnya dan berpusing menghadap Mo Ting. "Saya sudah penuhkan mandian itu, adakah abang mahu mandi sekarang?"

Mo Ting mengangkat keningnya sambil membutangkan kembali baju, menutupi tulang selangkanya yang menarik. "Kita ada tetamu, ketua rumah mestilah ada bersama. Lagi penting, saya mahu mandi…dengan kamu."

Wajah Tangning merah padam, tetapi dia mengangguk malu-malu.

….

Long Jie begitu kecewa sekali. Dia rasa ianya tidak berbaloi bagi Tangning untuk berputus asa begitu teruk hanya untuk Han Yufan. Yang dia paling tidak percaya adalah Tangning sanggup menyerahkan dirinya kepada seorang lelaki sedangkan tiada cinta sejati pun di dalam industri hiburan. Kebanyakan orang di dalam industri tersebut hanya mahu berseronok untuk satu malam – hari seterusnya mereka akan berlagak seolah-olah tidak mengenali satu sama lain. Bagaimanakah dia boleh menjadi begitu bodoh untuk menjadi salah seorang dalam permainan seperti ini?

Long Jie begitu berang sewaktu dia berjalan mundar-mandir sambil menggumam sumpahan sehinggalah Lu Che tiba di rumah tersebut dan ternampak Long Jie. "Jika kamu mahu berjumpa dengan Miss Tang, ikut saya."

Long Jie kenal dengan Mo Ting, namun…dia langsung tidak mengenali Lu Che. Jadi, dia tidak begitu mesra terhadap lelaki itu. Dia mengangkat sebelah kakinya dan menendang Lu Che. "Jika ada apa-apa yang berlaku kepada Tangning saya yang berharga, saya akan melumpuhkan kamu dan bos kamu sekali."

Lu Che mengawal kekemasan rambutnya tetapi tendangan mengejut itu membuatkan dia sukar untuk menjaga air mukanya sementelah wajahnya berkerut menahan sakit. "Tak perlulah bercakap tentang siapa yang akan lumpuhkan siapa, ikut saya dahulu."

Long Jie memberi dengusan "hmmph", mengangkat kepalanya dan merenung tajam pada Lu Che sewaktu dia manaiki kereta bersama dengan lelaki itu. Sepanjang perjalanan itu, Long Jie cuba menguji Lu Che dengan mengugutnya menggunakan berbagai cara, termasuklah dengan menyebut mengenai latar belakang keluarga Tangning. Satu-satunya cara yang tidak dibuatnya adalah dengan meletakkan pisau ke leher Lu Che. Akhirnya, apabila kereta itu berhenti di kawasan perumahan mewah itu, Long Jie akhirnya terdiam kerana terkejut.

Regensi Hyatt, ini adalah salah satu mercu tanda di bandar Beijing.

Kawasan ini hanya menempatkan 30 isi rumah. Setiap keluarga adalah kaya dan berkuasa. Hanya dengan membaca mengenai latar belakang mana mana rumah di kawasan ini mampu membuatkan orang kebanyakan ini terkedu.

"Dia…dia…siapa sebenarnya bos kamu?" Lutut Long Jie berasa lemah.

"Kamu akan tahu apabila kamu sudah masuk ke dalam." Lu Che membalas dengan suara yang kedengaran jengkel juga. Dia juga berasa sedikit baran.

Jantung Long Jie hampir melompat keluar daripada dadanya kerana ketakutan saat perasaan membara di dalam jiwanya perlahan-lahan hilang. Sesiapa sahaja yang berada di dalam pastinya bukan orang yang boleh diajak bergaduh. Tidak lama kemudian, kereta tersebut meluncur masuk melalui pintu pagar besi yang memagari vila cantik bersama air pancut di hadapan. Long Jie diiringi keluar daripada kereta itu dan terus dibawa masuk ke ruang tamu bergaya istana Sepanyol.

Tangning sedang duduk di sofa dengan selesa, berpakaian baju biasa berwarna putih tanpa sebarang solekan. Namun, dia tetap kelihatan cantik seperti biasa.

"Tangning, apakah semua ini? Adakah kamu mencari lelaki tua yang kaya?" Long Jie bertanya dalam bisikan sebaik sahaja dia mendekati Tangning. "Adakah kamu mengorbankan diri kamu untuk Han Yufan?"

"Long Jie, ada sesuatu yang perlu saya beritahu pada kamu. Tetapi…kamu tidak boleh marah." Tangning menarik Long Jie duduk di sfa bersebelahan dengannya.

"Cakaplah…adakah kamu sudah mencari teman lelaki baru?"

"Tidak…" Tangning menggelengkan kepalanya, menahan sekuntum senyuman.

"Baguslah begitu…"

"Saya sudah berkahwin."

Long Jie: "….."

Selepas beberapa minit, dia tiba-tiba meledak. "Apa yang kamu cakap? Kamu sudah berkahwin? Siapa yang kamu kahwini? Kenapa kamu perjudikan kegembiraan kamu?"

Semasa Long Jie sibuk menyoal Tangning, Mo Ting baru sahaja selesai menguruskan beberapa isu berkaitan perniagaan dan muncul daripada bilik bacaan di tingkat atas. Dia memeranjatkan Long Jie apabila dia berjalan ke belakang sofa tersebut, tunduk membongkok dengan penuh kasih dan berbisik lembut ke telinga Tangning. Tangning berpusing menghadap Mo Ting dan mengangguk dengan patuh. "Saya tahu. Saya tidak akan ambil masa lebih daripada setengah jam."

Mo Ting berasa gembira dengan balasannya. Dia memerhatikan Long Jie buat seketika dan kembali naik ke tingkat atas. Semua yang berlaku dalam jangka masa yang begitu singkat cukup untuk membuatkan Long Jie terkaku dalam ketidakpercayaan.

"Tangning, cepat. Cubit saya. Saya mahu tahu jika saya bermimpi."

"Kenapa?" Tangning mencubitnya untuk mengembalikan fokus yang hilang.

"Jadi, orang yang kamu kahwini itu ialah CEO Syarikat Hiburan Hai Rui, Mo…Ting?"

"Ya."

"Betul betul?" Long Jie bertanya lagi untuk kepastian.

"Kamu bukannya membayangkan kejadian ini. Itu memang dia. Suami baru saya." Tangning mengangguk dengan serius.

Selepas mendengar jawapannya, Long Jie berubah daripada sedih terlampau kepada gembira terlampau. "Patutlah artikel mengenai kamu kekal berada dalam kedudukan carian teratas dan Han Yufan tidak boleh memadamnya walaupun dia melaburkan duit begitu banyak. Tangning, ini adalah satu kejutan yang sangat hebat!"

"Kamu sudah buat keputusan yang tepat! Kalau kamu mahu berkahwin, memang kamu tidak boleh berkahwin dengan sampah seperti Han Yufan! Cuma saya tidak pernah terfikir yang kamu akan mengahwini CEO Syarikat Hiburan Hai Rui. Hai Rui memang teramat berbeza dibandingkan dengan Tianyi! Ini sungguh menyegarkan…benar-benar mengubat kebencian saya. Kalau Han Yufan tahu mengenai perkara ini, bukankah itu sangat memuaskan?"


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C11
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン