"Mm-hmm, siap!" Ning Xi mencuba sedaya upaya agar dia kedengaran normal lalu dia bertanya, "Bukan ke saya suruh Lu Jingli bagitau awak yang saya akan cari awak bila saya balik nanti? Kenapa awak datang? Jauh kan!"
"Supaya saya boleh jumpa awak awal." Lu Tingxiao seperti tidak menyedari sikap aneh Ning Xi. Dia berjalan dan membuka pintu untuk gadis itu.
Ning Xi menarik nafas panjang dan berjalan dengan kaku ke arah kereta.
Lu Tingxiao menghidupkan enjin kereta, kemudian kereta mula bergerak keluar dari jalan kampung yang sempit…
Keadaan sunyi sepi di dalam kereta. Tiada sesiapa yang bersuara.
Di luar tingkap kereta, pemandangan kampung berlalu pergi seperti cahaya terang yang hilang dari hidupnya…
Jalan yang semakin luas menandakan mereka akan masuk ke lebuh raya dan meninggalkan kampung itu. Di sebabkan kampung itu terletak agak jauh, keadaan jalan raya kelihatan lengang tanpa sebiji kereta…