Su Yimo betul-betul menyesali tindakannya…
Kenapalah dia tidak lebih berhati-hati? Kalaulah dia lebih berhati-hati, kalau dia menjadi lebih rasional, kalau dia tidak terlalu tamak, dia boleh terus dianggap sebagai "wanita Lu Tingxiao" dan boleh kekal di atas takhtanya sebagai "bakal Puan Besar Syarikat Lu".
Tetapi malam ini, semuanya telah musnah…
Pada ketika itu, Zhao Meixin juga betul-betul menyesalinya. Dia menyangka dengan keanggunan yang dimiliki Su Yimo, Lu Tingxiao tidak akan memalukannya di khalayak ramai walaupun dia sebenarnya tidak berminat pun dengan wanita itu. Lagipun, Yimo masih dewi pujaan negara. Mereka masih boleh meneruskan semuanya dan memainkan khabar angin itu selagi Lu Tingxiao bersikap tidak jelas. Kalaulah mereka tidak lakukan semua itu selama ini. Lu Tingxiao itu bukanlah seorang yang akan menumpukan perhatian terhadap gosip hiburan dan dia juga tidak akan menjelaskan apa-apa.