Ning Xi memikirkan tentang hal itu dan tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. "Saya dengar sebuah kasino haram yang tersembunyi dah dimusnahkan dan semua orang jahat yang ada di situ dah ditangkap. Stesen polis hampir tak muat nak tampung mereka semua. Jadi... Semua tu kamu yang buat?"
Semakin lama dia memikirkan kemungkinan itu, dia semakin yakin yang itu adalah perbuatan Lu Tingxiao...
Lu Tingxiao hanya diam. Dia tetap kelihatan tenang dan elegan.
Ning Xi serta-merta melepaskan Ban Kecil dan meloloskan diri ke dalam pelukan Ban Besar. Dia menjengketkan kakinya dan mengucup dagu lelaki itu. "Bos Besar, terima kasih!"
...
Ning Xi telah menggunakan banyak tenaga untuk memujuk kedua-dua Ban Kecil dan Ban Besar. Selepas berjanji yang dia akan meluangkan masa dengan mereka berdua nanti, dia pun pergi ke kediaman keluarga Zhuang.