Itulah kali pertama Si Ban Kecil melihat arnab yang hidup, jadi dia teragak-agak sebelum menghulurkan tangannya yang kecil itu untuk menyentuh badan arnab itu.
Apabila selesai, mata Si Ban kecil terbeliak.
Lembutnya! Gebunya!
Ning Xi tergelak apabila melihat ekspresi wajah Si Ban Kecil. "Haha! Seronok, kan?"
Si Ban Kecil mengangguk dan mengusap haiwan itu dengan penuh kasih sayang.
Pada mulanya, arnab itu cuba untuk melepaskan diri semasa dipegang oleh Ning Xi, tapi haiwan itu berubah menjadi tenang setelah Si Ban Kecil mengusapnya.
"Wow! Gemuknya arnab tu! Cepat, jomlah panggang!" kata Lu Jingli dengan teruja.
Sebaik sahaja Si Ban Kecil mendengar apa yang bapa saudaranya katakan, dia serta-merta menjeling ke arah Lu Jingli dengan tajam dan memeluk arnab itu dengan erat.
"Panggang, hotak kamu! Kamu cuma tahu makan je!" kata Ning Xi dengan perasaan jengkel.