Apabila Chen Mian fikirkannya, dia mengetap gigi dan akhirnya menjerit, "Mula!"
Semua orang menahan nafas mereka dan melihat.
Pancaragam yang ada di tengah mula memainkan muzik. Ada sebuah lampu candelier tergantung di atas mereka dan kain-kain yang beralun di lantai tari…
Ada dua orang lelaki sedang berdiri di hujung tangga itu. Seorang berpakaian warna putih dan seorang lagi warna hitam, seorang di depan dan seorang di belakang, seorang tampak mulia dan seorang lagi kelihatan bersahaja. Mereka berdua berjalan ke bawah dengan perlahan-lahan…
Kali ini, setiap kelakuan Chen Hanchen daripada tapak kakinya sehinggalah aura dan pandangannya, termasuklah saat dia membalas senyuman mengusik Ning Xi, langsung tak ada apa-apa cela. Mereka berdua ibarat dua bintang yang sama terang, bersinar dan menonjolkan satu sama lain!
"Potong! Tak teruk sangat! Bagus!"
Hampir semua orang menghela nafas lega selepas Chen Mian mengumumkan untuk berhenti.