Akhirnya, sebuah kereta Maybach hitam diparkir berdekatan dengan pintu utama. Pintu kereta itu dibuka dan dua orang lelaki keluar dari kereta itu.
Pasangan ayah-anak itu memakai sut warna sedondon yang ditempah mengikut tema majlis. Tali leher Lu Tingxiao dan tali leher kupu-kupu Si Cilik berwarna merah terang. Sebaik sahaja mereka muncul, mereka terus menarik perhatian semua orang.
Orang gaji mula menyapa mereka.
"Selamat petang, Tuan Muda Pertama!'
"Selamat petang Tuan Muda Kecil!"
Apabila Yan Ruyi nampak anak lelaki dan cucunya itu, dia berasa lega dan segera mendekati mereka sambil tersenyum lebar. "Oh, sayang saya dah balik!"
Sebaik sahaja Lu Chongsan nampak cucunya, mukanya yang serius terus bertukar lembut. "Si Cilik dah sampai!"