Mmm… syaitan yang dah ditanggalkan rantainya ini memang betul-betul bernafsu…
Ning Xi dah tukar pakaian dan memakai baju tidur yang lembut dan cantik. Tangan Lu Tingxiao masuk ke dalam baju tidur Ning Xi dan memeluk pinggangnya yang langsing.
Badan Ning Xi menggigil secara tak sengaja kerana tapak tangan Lu Tingxiao masih sejuk kerana terdedah dengan udara dingin di luar. Ning Xi tak pasti sama ada dia menggigil disebabkan rasa dingin ataupun rangsangan yang secara tiba-tiba itu.
"Sejuk ke?" Lu Tingxiao segera menarik tangannya daripada Ning Xi.
Ning Xi nampak cantik mengenakan baju tidurnya itu dan rambutnya yang jatuh terletak. Dia nampak sangat lembut dan manis. Itu membuatkan Lu Tingxiao hilang kawalan sedikit demi sedikit…
Lagipun…
Hari ini ialah hari keempat hubungan mereka! Mereka dah lalui lebih separuh daripada apa yang orang gelar "satu minggu yang menakutkan".