"Tak seronoklah main dengan kamu semua ni! Kamu memang lembik. Asyik kalah saja! Apa kata kita main permainan bercakap benar atau dicabar?" Qiao Kecil memberi cadangan. Wajahnya kelihatan sangat teruja.
Walaupun dia baru saja berjumpa dengan lelaki ini, rasa kagumnya semakin bertambah.
Dia perasan yang Zhuang Keer sebenarnya turut menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Tetapi, gadis itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana latar belakang keluarganya yang hebat dan ikatannya dengan Lu Tingxiao. Dia hanya mampu memandang mereka dari sudut bilik itu.
Qiao Kecil memang sejak dari dulu lagi suka memalukan Zhuang Keer, jadi dia memberi isyarat kepada kakaknya supaya bersedia untuk beraksi.
Permainan bercakap benar atau dicabar ini adalah cara terbaik untuk membuatkan semua orang berasa teruja dan Qiao Besar sangat pandai dalam permainan itu. Dia mampu menjadikan sesiapa sahaja yang diinginkannya sebagai sasaran.