Muka Lu Jingli tiba-tiba berubah pucat. Ya Tuhan... Abang tak akan buat hal dengan keluarga Jiang, kan? Adakah dia akan putuskan semua tali persaudaraan?! Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah dengan keluarga Jiang, mereka masih lagi ada pertalian dengan generasi sebelah ibu Jiang Muye dan ibu bapa mereka sangat menjaga hubungan ini!
Selepas berfikir sejenak, Lu Jingli tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Berdasarkan personaliti abangnya, kalau dia ingin berbuat sesuatu kepada keluarga Jiang dan Jiang Muye, dia pasti dah lama lakukannya. Mustahil dia akan berdiam diri sepanjang tiga hari ini...
Jadi, apa yang tak kena?
"Kamu nak cakap apa?"
Udara di sekelilingnya tiba-tiba dipenuhi dengan suara dingin yang membuatkan Lu Jingli menggigil dan kembali berpijak di bumi nyata. Dia cepat-cepat menjelaskan, "Ya, Mak dan Ayah telefon tadi. Mereka cakap Si Cilik tak sihat, jadi mereka nak kamu cepat-cepat balik ke rumah!"