Setibanya di rumah, Ning Xi terus menggunakan diet sebagai alasan untuk tidak makan malam. Kemudian, dapat sahaja peluang, dia terus naik ke biliknya.
Dia betul-betul berterima kasih dengan penambahan berat badannya dan Si Cilik yang mendadak akhir-akhir ini. Ia betul- betul satu alasan yang bagus.
Tidak lama kemudian, ada bunyi ketukan di pintu. Nasib baik, dari bunyi derap tapak kaki itu, Ning Xi yakin orang itu bukan Lu Tingxiao.
Ning Xi baru selesai mandi dan dia sedang mengeringkan rambutnya sambil berjalan membuka pintu.
Wan Wan sedang berdiri di muka pintu sambil memegang sedulang makanan di tangannya. Dia terpaku sepenuhnya melihat kecantikan Ning Xi selepas mandi.
Gadis di hadapannya ini terlalu jelita. Selepas mandi, kulitnya yang putih mulus kelihatan sedikit kemerah-merahan. Keadaan Ning Xi itu membuatkannya kelihatan lebih menggoda sehingga dia sebagai seorang perempuan pun rasa tertawan. Patutlah Tuan Muda Sulung...