アプリをダウンロード
4.9% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 71: Seorang Pembuli Mencuri Sekuntum Bunga Suci

章 71: Seorang Pembuli Mencuri Sekuntum Bunga Suci

編集者: EndlessFantasy Translation

"Jangan risau, jangan risau. Biar saya lihat adegan mana yang bagus!" Guo Qisheng menyelak skrip dengan penuh semangat.

Ning Xi berfikir kepada dirinya dengan terdesak: Pengarah, pengarah, pilihlah Babak ke 46! Kalau kamu bagi saya berlakon babak ini sekarang, saya pasti boleh lakonkan dengan sempurna!

Ia babak di mana Sun Huanqing tergoda oleh seorang gadis yang diselamatkan dari berek. Meng Changge yang panas baran tersalah faham dan menyangka dia bermain kayu tiga. Jadi dia telah membelasahnya…

Jiang Muye seperti telah membaca isi hatinya. Dia membongkok sedikit dan berbisik ke telinga gadis itu, "Sayang, adakah kamu teringin melakonkan babak di mana kamu memukul saya?"

Ning Xi terkejut dan terus menjauhi lelaki itu seperti terkena kejutan elektrik. "Bangsat, jauhi saya!"

Kerana lelaki ini, kebencian yang diarah kepadanya kini begitu pejal sehingga tidak ada apa yang dapat menanggalkannya.

Dia sudah boleh bayangkan ribut yang akan dibawa oleh Jia Qingqing dan Ning Xueluo nanti, terutamanya Jia Qingqing.

Hari-harinya di set penggambaran ini sudah cukup susah, ini hanya akan memburukkan keadaan.

Ning Xi ditakdirkan untuk kecewa. Tidak mungkin pengarah akan membuat penggambaran babak di mana dia memukul Jiang Muye pada hari pertamanya. Selepas berfikir sejenak, pengarah pun berkata, "Baiklah, mari kita buat Babak 37!"

Ning Xi sangat fasih dengan skrip. Dia hanya perlu fikir sejenak untuk mengingati cerita Babak 37. Wajahnya terus menjadi gelap.

Walaupun ia bukan adegan di mana mereka tidur sekatil ataupun bercium, ia juga tidak begitu baik.

Inilah babak di mana Meng Changge mengusik Sun Huanqing…

Pengarah itu memberi isyarat kepada mereka berdua datang kepadanya untuk berbincang mengenai babak tersebut.

"Keluarga Meng telah berkhidmat sebagai jeneral untuk beberapa generasi, dan berjaya mengumpul kejayaan yang amat dibanggakan. Namun, kejayaan mereka yang semakin meningkat menakutkan Maharaja sehingga meletakkan keluarga mereka dalam situasi bahaya. Maharaja kini seorang yang sederhana dan kabur, dan sering percaya kata-kata fitnah. Ini telah mengakibatkan kematian ayah Meng Changge dalam peperangan. Nasib baik, abang sulung Meng Changge, Meng Changfeng, mampu menggalas tanggung jawab dan mengambil kedudukan ayahnya. Dengan ini, Changge yang masih kecil lagi menjalani kehidupan tanpa risau. Budak perempuan ini selalu bermain dengan anak ayam dan anjing dalam Kota Changan, seperti syaitan kecil…"

Apabila pengarah berkata tentang syaitan kecil, Jiang Muye tersenyum. Dia memandang Ning Xi dan berkata tanpa suara: Sama seperti kamu.

Ning Xi tidak mengendahkannya dan terus beri perhatian kepada keterangan pengarah.

"Syaitan kecil itu, berpakaian seperti lelaki sepanjang hari, dan tidak kelihatan langsung seperti seorang gadis sehingga dia bertemu dengan Sun Huanqing di suatu jalan ketika berumur 16 tahun. Dia terus jatuh cinta pandang pertama, dan sejak hari itu, dia tidak melepaskan peluang untuk mengusiknya setiap hari…"

Jiang Muye mengangkat tangannya untuk bertanya, "Pengarah, bukankah ini versi pembuli wanita yang cuba mencuri sekuntum bunga asli?"

Ning Xi. "…" Kaulah pembuli sebenarnya!

Guo Qisheng terbatuk ringan lalu memberi pujian, "Muye, kamu memang betul. Itu memang maksudnya. Jadi yang paling penting sekali, saya nak ingatkan kamu watak yang biasa dilakonkan oleh kamu lebih kuat dan aktif. Tetapi kali ini amat berbeza, jadi kamu mesti beri perhatian kepada perubahan ini…"

Apabila mendengar kata-kata pengarah, Ning Xi turut risau. Watak-watak yang biasa dimainkan oleh lelaki ini semuanya CEO yang sombong, senior sekolah yang angkuh, atau bangsawan yang sombong. Adakah dia boleh melakonkan Sun Huanqing, seorang doktor yang lemah dan suka membaca?

Jiang Muye kelihatan serius apabila dia mengangguk kepalanya menunjukkan dia faham. "Saya faham, pengarah. Saya orang lemah dan dipaksa!"

Guo Qisheng memandang kedua-dua orang di hadapannya dengan cemas. Sebenarnya, dibanding dengan Jiang Muye, dia lebih bimbang dengan prestasi Ning Xi. Dia risau dia terlalu feminin untuk melakonkan Meng Changge, seorang pembuli jalanan dan budak nakal.

"Saya memilih babak ini kerana ia paling sesuai memaparkan perasaan dan hubungan di antara kamu berdua. Kebanyakan masa, satu orang memainkan watak sinis, seorang yang lain pula lemah lembut dan sabar. Kalau kamu berjaya melakonkan babak ini dengan baik, maka babak-babak lain tidak akan menimbulkan masalah besar. Baiklah, saya berhenti di sini. Mari kita saksikan lakonan yang sebenar. Kamu berdua, pergi bersolek dan pakai kostum kamu!"


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C71
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン