アプリをダウンロード
2.9% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 42: Selamat Malam, Sayangku

章 42: Selamat Malam, Sayangku

編集者: EndlessFantasy Translation

Sambil batuk, Ning Xi merenung Lu Tingxiao dengan marah seperti dia lelaki jahat.

"Heh." Lu Tingxiao ketawa melihat wajah Ning Xi yang comel apabila marah. Matanya turut tersenyum. Dia membuang rokok itu dan menghembus semua asap keluar dari mulutnya sebelum memalingkan kepala dan bersandar dekat dengan Ning Xi untuk mencium bibirnya sekali lagi.

Naluri pertama Ning Xi ialah untuk melarikan diri. Namun, tangan Lu Tingxiao memeluk ketat pinggangnya. Dengan suara rendah dan serak, dia berbisik di telinganya, "Saya akan buat dengan perlahan kali ini."

Sebelum wanita itu sempat bertindak, semua derianya telah dikawal oleh ciuman garang, hampir ganas dan penuh dengan rasa tembakau...

Ning Xi diciumnya sehingga dia pening, seperti terapung di awangan.

Satu perkara yang dia masih sedar ialah hakikat lelaki ini jauh lebih bahaya daripada rokok.

Bang. Kerusi itu diturunkan dan tubuh hangat lelaki itu mengikut dia turun.

Ning Xi tidak boleh bernafas. Dia terasa seluruh badannya mula jatuh, semakin dalam, dalam, dalam dan dalam, sehingga ke bahagian dasar lautan…

Apabila wanita di bawahnya berhenti bergerak, Lu Tingxiao mengangkat kepala dan sedar dia telah tidur dengan lena, bahkan berdengkur sedikit…

Mata merah Lu Tingxiao berubah menjadi hitam semuka, dan kemarahan yang terbakar dalam hatinya telah hilang sepenuhnya.

Heh, adakah dia sudah gila? Terlalu serius dengan orang mabuk ini…

Baru tiga hari.

Mereka baru berkenalan selama tiga hari.

Kenapa dia tergesa-gesa?

Dia tidak faham langsung tarikannya kepada gadis kecil ini.

Sejak kali pertama dia melihatnya, dia ada satu perasaan gila yang dia telah dihidupkan semula.

Walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, dia seperti seorang yang dia kenal dari masa silam.

Saat dia angkat dan menyelamatkan dia dari bilik stor bar wain itu, dia terasa seperti dirinya sudah lengkap, seperti gadis ini satu-satunya perkara yang telah hilang dari hidupnya sebelum ini.

Dia mahu memilikinya, kesemua dirinya, untuk sendiri sendiri. Dia tidak mahu tunggu walau sesaat lagi.

Dia tidak mampu kehilangannya, jadi hanya menunggu sahaja pilihannya.

Lu Tingxiao mengambil selimut dan bantal dari kerusi belakang, dan menyesuaikan suhu penghawa dingin sebelum berbaring di sebelahnya. Sebelum tidur, dia mencium lembut dahinya.

"Selamat malam, sayangku."

Awal pagi keesokan harinya.

Ning Xi bangun dari tidur dan mendapati bahawa dia dipeluk oleh sepasang lengan hangat.

Dia menggosok matanya sedikit. Melalui tingkap di atas, dia lihat daun hijau, dan cahaya matahari yang cerah tersinar melalui celah daun-daun untuk memanaskan tubuhnya. Dia juga terdengar bunyi burung-burung menyanyi…

Hm, dimanakah dia?

Dia melihat sekeliling dan terkejut apabila mendapati dirinya tertidur di dalam sebuah kereta, atau lebih tepat, dalam pelukan Lu Tingxiao.

Oh Tuhanku!

Ning Xi bangun dengan cepat dan terhantuk kepalanya pada bumbung kereta dengan kuat.

Dia… Lu Tingxiao… dalam sebuah kereta…

Alamak! Apa yang berlaku semalam? Kenapa dia harus berhadapan dengan semua benda ini selepas bangun dari tidur?

Memang mudak untuk salah faham dengan situasi ini.

"Apa yang kamu fikirkan?"

Ning Xi mengigit jarinya dengan gugup. Otaknya berpusing dan menjawab tanpa berfikir, "Saya tertanya adakah saya telah melakukan hubungan seks dalam kereta dengan Raja Segala Syaitan semalam… ia pasti mengerikan…"

"Raja Segala Syaitan… seks dalam kereta...? Kalau betul berlaku, kamu rasa kamu masih bertenaga untuk lompat sana-sini dan membayangkan perkara yang tidak masuk akal pada keesokan paginya?" Lelaki itu terdengar seperti dia mengetap giginya.

"AH!" Baru Ning Xi sedar Lu Tingxiao sudah terjaga. Dia melompat terkejut, dan hampir terhantuk kepalanya sekali lagi. Nasib baik, Lu Tingxiao telah menjangka perbuatannya itu dan melindungi kepalanya dengan tangannya yang besar.

"Encik… Encik Lu…"

"Guna nama saya." Nada Lu Tingxiao kedengaran agak dingin.

Ning Xi memanggilnya "Encik Lu" apabila dia menyembunyikan sesuatu daripadanya, dan memanggilnya "Tuan Xiao" apabila dia mahu menyenangkan hatinya. Lu Tingxiao amat benci kedua-dua panggilan tersebut.

Mungkin dia hanya bermimpi, tetapi hanya selepas satu malam, dia dapat merasakan Lu Tingxiao kelihatan seperti berbeza…


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C42
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン