アプリをダウンロード
2.76% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 40: Sayang, Saya Mahu Kahwin dengan Kamu

章 40: Sayang, Saya Mahu Kahwin dengan Kamu

編集者: EndlessFantasy Translation

"Ehem, sukar untuk tidak menyalahkan Su Yan. Apabila Ning Xi berada di luar negara, semua orang yang keluar dengan dia hanyalah permainan baginya. Selepas dia muak bermain, dia akan buang mereka ke tepi. Tetapi, Su Yan satu-satunya lelaki yang dia pernah cintai."

Lebih baik jika dia senyap. Setelah mendengar penjelasannya, riak wajah Lu Tingxiao menjadi lebih gelap.

Lu Jingli tidak tahu untuk cakap apa lagi. Dia belum lagi kekasih kamu. Apa hak kamu untuk kelihatan seperti kamu ingin membunuh semua bekas kekasihnya?

"Abang, walaupun kamu bercadang untuk menunggu dia jatuh cinta pada kamu, kamu patut bawa dia masuk ke Syarikat Keagungan Dunia dulu. Susah kalau dia masih di bawah kontrak pesaing kitta, Syarikat Cahaya Bintang! Dari apa yang saya tahu, dia sengsara bekerja di sana dengan Ning Xueluo." Lu Jingli merungut.

Lu Tingxiao memandang gadis yang tenang memeluk Si Cilik. "Ini belum masa yang sesuai lagi."

Selepas susah payah membawa orang ini pulang ke rumah, satu lagi masalah muncul selepas mereka keluar dari kereta.

Apabila Ning Xi lihat kereta sport perak-putih itu, dia berhenti dengan matanya berkilauan terang. Kemudian melemparkan diri pada kereta itu seperti dia lebih rela mati dari meninggalkan kereta itu. Wajahnya kelihatan seperti seorang gadis remaja yang telah menemui jejaka idamannya. "Oh! Si Putih! Sayangku!"

Wajah Lu Tingxiao melalui beberapa transformasi kerana terlalu banyak emosi melewati wajahnya.

Dia begitu terseksa, bahkan terpaksa masuk ke tandas wanita untuk membawa dia keluar. Wanita itu juga tidak melayannya dengan baik. Dia juga menggelarnya Raja Segala Syaitan, dan kini, dia memeluk kereta itu dan panggil dia sayang?

"Hahaha…abang, tak akan kamu cemburu pada sebuah kereta! Siapa suruh kamu memandu kereta ini? Apabila Xiao Xi tinggal di luar negara, dia sudah setaraf dengan pemandu lumba kereta profesional. Dia amat suka pada kereta lumba. Sudah tentu, dia tidak menahan diri apabila berdepan dengan tarikan kereta sport terulung di dunia!" kata Lu Jingli di sisinya. Dia sungguh gembira dengan nasib malang abangnya.

Kemudian, dia sedar ada seseorang yang lebih cemburu dari Lu Tingxiao.

Dan orang itu adalah Si Cilik.

Apabila dia terdengar gelaran miliknya "Sayang" digunakan kepada sebuah kereta, budak kecil itu kelihatan seperti mahu menangis.

Dan untuk orang yang bertanggungjawab untuk keadaan ini, masih sibuk meraba-raba kereta itu dengan wajah mabuk cinta. "Sayang, kamu sangat, sangat tampan…terlalu segak! Saya mahu berkahwin dengan kamu!"

Lu Tingxiao meletupkan jari-jemarinya, gatal tangan untuk menumbuk sesuatu.

Apabila dia melamar Ning Xi, dia tekah melayan Lu Tingxiao seperti dia sedang melawan seekor binatang liar. Sekarang, dia bercadang untuk mengahwini sebuah kereta?

Lu Tingxiao melipat lengan bajunya. "Zhang Tua, beri saya satu tukul."

Lu Jingli terus berhenti ketawa. "Jangan! Abang, bertenang! Kereta ini bernilai hampir dua billion! Kalau kamu tidak mahu, berikan kepada saya. Saya akan membawanya pulang dan saya berjanji kamu tidak akan melihatnya lagi!"

Sebaik saja dia habis bercakap, dunia Lu Jingli berputar apabila si kecil Ning Xi melontarnya ke belakang.

"Siapa berani sentuh Si Putih saya?!" Mata Ning Xi penuh dengan niat membunuh, seperti sanggup membunuh dewa-dewi untuk melindungi Si Putihnya.

Lu Jingli memegang pinggul dan memohon, "Pejuang hebati, maafkan saya. Saya bersalah…"

Gadis ini nampaknya seorang veteran dalam sukan judo. Dia berasa seperti kehilangan separuh hidupnya selepas lontaran itu!

Kemudiannya, Ning Xi terus ke kerusi pemandu dan memeluk stereng kereta dengan erat. "Si Putih, jangan takut…"

"Tuan Muda Sulung, ini…" Zhang Tua yang telah diusir dari kereta itu amat terkejut.

Lu Tingxiao tidak dapat menahan sakit kepalanya lalu melambaikan tangannya dan memberikan isyarat kepadanya untuk beredar.

Selepas itu, dia memandang anaknya, "Si Cilik, sudah larut malam. Pergi tidur dulu."

Si Cilik, yang masih terkejut kerana kehilangan tempat di hati Ning Xi, menggelengkan kepalanya.

Lu Tingxiao tidak marah, dan hanya menjawab, "Kamu perlu tahu, perempuan tidak suka apabila orang yang mereka paling sayang lihat mereka dalam keadaan yang paling buruk."

Hm, orang yang paling sayang...

Si Cilik berfikir lama sebelum dengan patuh berpaling untuk pergi.

Mata Lu Jingli terbuka besar. "Abang, kamu melampa. Budak kecil pun kamu mahu tipu!"

"Ada apa-apa lagi?"

"Sudah tentu. Saya mahu kamu rasakan kehangatan orang ketiga ini."

Dia boleh rasa angin dingin datang dari abangnya.

"Baiklah, saya akan pergi, saya akan pergi…" Lu Jingli berjalan ke hadapan sebelum berpaling.

Seorang lelaki, seorang wanita, dan satu kereta. Jangan beritahu saya sesuatu akan berlaku…

Hehe, inilah masanya untuk kamera zoom 63x optik pecahan rekodnya yang dibelinya untuk bersinar!


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C40
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン