アプリをダウンロード
1.72% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 25: Jadi Mereka Kini Tinggal Bersama?

章 25: Jadi Mereka Kini Tinggal Bersama?

編集者: EndlessFantasy Translation

"Ya."

Ning Xi menarik rambutnya dengan gugup. "Ini…bukan ini tidak sesuai? Sekiranya Si Cilik ingin berjumpa saya, saya boleh datang bila-bila masa untuk melawat dia!"

Lu Tingxiao dengan letih mengurut dahinya. "Terlalu banyak faktor yang tidak dapat diramalkan. Terutamanya pada waktu malam. Jika ada kecemasan sekali lagi, ia terlalu merbahaya untuk kamu bergegas ke sini. Disebabkan kedudukan saya, agak susah untuk saya sering membawa Si Cilik ke rumah kamu. Saya tahu permintaan ini akan menyusahkan kamu, tetapi saya membuat permintaan ini sebagai bapa Si Cilik. Saya harap kamu akan bersetuju."

Kepala Ning Xi terasa sakit.

Jika Lu Tingxiao menggunakan pengaruhnya untuk memaksa Ning Xi, sudah tentu dia akan terus menolak permintaannya dan beredar dari tempat ini. Namun, dia telah membuat permintaan itu dengan penuh keikhlasan, tanpa berfikir akibat dan kedudukan diri sendiri. Tambahan pula, apabila berhadapan dengan ketampanan seperti ini, memang sukar untuk monolaknya!

Lu Jingli berdiri di tepi merenung tepat pada abangnya.

Hebat!

Siapa dapat agak abangnya berupaya menggunakan teknik bertahap tinggi, sehingga mampu menukar satu kelemahan menjadi satu kelebihan yang dapat membuang segala halangan dalam perjalanan untuk memenangi hati Ning Xi.

Kini, kewujudan Si Cilik bukan lagi kelemahannya. Sebaliknya, ia telah menjadi kelebihannya yang paling besar.

Tiba-tiba kedengaran bunyi 'bang' yang kuat. Si Cilik telah melompat turun dari katil kerana terkejut, menjatuhkan lampu sisi katil secara tidak sengaja.

Apabila dia ternampak Ning Xi, rasa takut terpancar dari mata budak kecil itu terus reda. Dia lari seperti anak panah ke arah Ning Xi.

Ketakutan yang ketara di matanya mampu mencengkam hati sesiapa saja yang melihat.

Ning Xi membongkok dengan cepat dan bertanya, "Sayang, kenapa kamu bangun?"

Budak kecil itu merehatkan kepala dan memeluk erat leher Ning Xi. Dia tidak mahu melepaskannya.

"Tak apa. Mak cik ada di sini. Jangan takut, jangan takut…" Ning Xi menepuk belakangnya dengan lembut. Dia tercium bau susu yang manis dari badan kecilnya dan emosinya menjadi sedikit rumit.

Sebenarnya, dia cuba mengelak dirinya daripada terlalu rapat dengan kanak-kanak. Jadi, mengapa dia tidak dapat menghalang dirinya daripada menyukai Si Cilik?

Ning Xi memujuk Si Cilik untuk tidur sekali lagi. Kemudian, dia tutup pintu bilik tidurnya dengan lembut dan keluar.

Dia perasan keadaan kucar-kacir di ruang tamu telah dibersihkan oleh orang gaji.

Seperti yang dijangka dari orang gaji keluarga Lu. Mereka bukan sahaja cekap, bahkan amat terlatih. Walaupun mereka semua ingin tahu tentang lawatan Ning Xi malam ini, tetapi tiada siapa pun yang memandangnya untuk kali kedua atau berani menutur walau sepatah perkataan sekalipun. Mereka sibuk menyiapkan kerja mereka lalu beredar dengan senyap.

Lu Tingxiao perasan Ning Xi telah keluar, tetapi tidak berkata apa-apa supaya dia tidak memberi tekanan kepadanya. Dia hanya memandang dengan senyap.

Ning Xi berbelah bagi. Dia teringat Si Cilik yang tidak sanggup melepaskan lengan bajunya, dan akhirnya berserah kepada perasaan. Dia menghela nafas yang dalam sebelum berkata. "Baiklah, Encik Lu. Saya bersetuju dengan permintaan kamu. Anggaplah ia balasan kepada Si Cilik yang menyelamatkan saya hari itu."

Lu Tingxiao lega. "Terima kasih."

"Si Cilik akan bangun bila-bila masa saja. Jadi, nampaknya saya tidak akan balik rumah malam ini. Tapi semua barang saya masih di apartmen saya…" Ning Xi risau.

"Itu tidak jadi masalah. Saya akan minta seseorang untuk mengambil barangan kamu ." Lu Tingxiao berkata lalu mengarah butlernya untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Lu Jingli yang dari tadi mendiamkan diri terperanjat dengan perkembangan ini.

Jadi…jadi mereka kini tinggal bersama-sama?

"Kamu masih perlukan sesuatu?" Lu Tingxiao mamandang Lu Jingli.

"Saya akan beredar sekarang!" Roda ketiga yang dihalau oleh abangnya sendiri meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa.

Dia ingat Ning Xi hebat. Namun, abangnya juga bukan seorang yang lemah.

Akhirnya dia sedar abangnya bukan tidak tahu cara memikat perempuan. Cuma, selama hampir 32 tahun, dia tidak pernah mencuba…

Lu Tingxiao menunjukkan Ning Xi ke bilik yang bersebelahan dengan Si Cilik. "Mulai sekarang, kamu boleh tinggal di sini. Saya akan meminta seseorang untuk mengubah suai bilik ini mengikut cita rasa kamu"

Ning Xi melambaikan tangan tanda protes. "Tak perlu, tak perlu. Saya hanya akan tinggal di sini untuk beberapa hari. Bukan tinggal terus. Mengubah suai itu menyusahkan!.

"Ia tidak menyusahkan."

Lu Tingxiao mengambil satu set kunci besar dari ketua orang gajinya dan menyerahkannya kepada Ning Xi. "Ini kunci rumah. Kamu boleh datang dan pergi dengan bebas. Pintu utama menggunakan kod laluan 591414. Ini pula kunci loteng. Kamu perlu simpan kerana ia tempat persembunyian yang paling digemari Si Cilik. Jadi, dia suka mencurinya. Ini pula…"

Melihat Lu Tingxiao hampir-hampir memberikan kunci kepada peti simpanan rumahnya, Ning Xi terus mencelah. "Kejap, kejap…Encik Lu, kamu patut lebih berwaspada! Kamu tak takut saya akan merompak kamu?"

"Apa yang kamu mahukan? Saya akan dapatkan seseorang untuk membantu kamu memindahkannya." kata Lu Tingxiao dengan serius. Dia tidak nampak seperti bergurau.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C25
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン