アプリをダウンロード
0.55% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 8: Bukan Kamu Suka Pada Lelaki?

章 8: Bukan Kamu Suka Pada Lelaki?

編集者: EndlessFantasy Translation

Ning Xi berasa sedang bermimpi. Dia merenung wajah lelaki di hadapannya yang dingin dan tanpa ekspresi. Ning Xi menyentuh dahinya dengan lemah. "Doktor…Doktor di mana? Saya rasa kepala saya terhantuk dengan kuat sehingga otak saya sudah hilang keupayaan untuk berfungsi dengan betul. Saya sedang berhalusinasi…" 

Di sebelahnya, Lu Jingli masih tidak percaya. "Kepala saya tidak terhantuk, adakah otak saya juga rosak?"

Pada waktu ini, Ning Xi tidak dapat menerima langsung hakikat di hadapannya.

Memang betul, dia telah selamatkan Si Cilik, jadi sekarang bapanya ingin membayar dia dengan tubuhnya?

Jika lelaki ini merupakan orang lain atau sesiapa pun, sudah tentu ia tidak menjadi masalah. Jika orang lain itu sedikit tampan, itu boleh dikira sebagai pertemuan romantis.

Namun, orang ini adalah Lu Tingxiao, Lu Tingxiao!

Apabila dibandingkan penampilan Ning Xi dengan orang lain, dia dikira agak cantik. Namun, Lu Tingxiao mempunyai kecantikan yang wanita paling cantik mungkin tidak pernah melihatnya.

Sekiranya Lu Tingxiao hanya suka padanya, dia mungkin tidak terkejut. Jika lelaki itu hanya mahu bermain dengan dia disebabkan wajahnya yang agak cantik, Ning Xi juga boleh memahaminya. Namun, dia mengatakan dua perkataan itu, "Kahwini saya!" Itulah yang paling menakutkan.

Tetapi, yang paling penting…

"Bukan kamu suka pada lelaki?" tanya Ning Xi tanpa berfikir.

"Bahahaha…" Lu Jingli ketawa terbahak-bahak sehingga dia hampir terjatuh.

Rona wajah Lu Tingxiao bertukar menjadi gelap seperti periuk hitam. Dengan sekelip mata, seluruh wad diselubungi suasana gelap.

Setelah sekian lama, Lu Jingli akhirnya berhenti ketawa. "Sekiranya abang saya suka pada lelaki, bagaimana pula Si Cilik datang ke dunia ini?"

"Hm, ibu tumpang dan inseminasi buatan?"

"Sekiranya abang saya suka pada lelaki, kenapa pula dia menawarkan dirinya kepada awak?"

"Untuk melindungi kebenaran orientasi seksualnya?"

"Hahahahaha… Abang, saya memang tidak boleh tolong kamu…"

"Saya juga dengar… dengar berkenaan hubungan seksual antara kamu berdua…" Pandangan Ning Xi's bertukar-tukar antara adik-beradik itu.

"Uhuk uhuk uhuk…" Lu Jingli begitu terkejut sehingga tercekik air liurnya sendiri. "Tolonglah, selera macam itu terlalu berat untuk saya! Walau bagaimanapun, tuan muda memang sangat tampan. Saya rasa, saya boleh menjadi kedua-duanya sekali, pencuri hati wanita dan juga lelaki..."

Tiba-tiba, Lu Tingxiao bangkit dari kerusinya. Dia berjalan ke arah Ning Xi dengan kakinya yang panjang sambil berkata, "Jingli, bawa Si Cilik keluar."

"Ah? Abang, apa yang kamu akan buat?"

Lu Tingxiao melipat lengan bajunya dengan bersahaja. "Membuktikan orientasi seksual sebenar saya kepada Cik Ning."

Melihat ekspresi wajahnya yang bertukar gelap, dengan pandangan yang mahu menelan dia hidup-hidup, Ning Xi sangat takut sehingga terjatuh dari katil wad. Dia bersembunyi di belakang Si Cilik, dan hampir mahu bersembunyi di bawah katil.

"Tuan Muda Lu, semua ini tiada kena-mengena dengan saya. Ini semua gosip yang oleh orang awam. Saya cuma beritahu sahaja! Selain itu, kamu memang tidak perlu berterima kasih kepada saya. Tetapi, kalau saya perlu buat satu permintaan, saya minta supaya kamu jangan paksa saya untuk membuat permintaan kepada kamu… Ah, Saya minta maaf. Saya sudah lewat untuk satu sesi uji bakat sangat penting. Saya minta diri dulu! Sekiranya memang nasib kita untuk bertemu lagi, kita akan bertemu jua!"

Ning Xi tergesa-gesa mengakhiri kata-katanya dan cuba melarikan diri.

Namun, setelah beberapa langkah, dia dihentikan oleh suara dingin Lu Tingxiao. "Adakah saya telah benarkan awak pergi?"

Ning Xi berasa sangat takut. Kedua-dua kakinya menggigil.

Hidup saya sudah berakhir!

Ning Xi sudah bersedia untuk mati. Beberapa saat kemudian, Lu Tingxiao menghulurkan sekeping kertas dan sebatang pen. "Bolehkah saya menyusahkan Cik Ning untuk menulis satu nota kepada Si Cilik, untuk memastikan dia tidak bimbang apabila dia bangun nanti?

Itu…itu sahaja?

Dia selamat dari malapetaka!

"Boleh, boleh! Tiada masalah! Malah, saya boleh menulis sepuluh ribu perkataan, dan ia tidak menjadi masalah!" Ning Xi menghela nafas lega lalu mula menulis surat kepada Si Cilik.

Lu Tingxiao memandang susuk tubuh belakang Ning Xi keluar dari wad itu. Tatapannya bertukar kontemplatif, seperti melihat mangsa terlepas dari genggamannya.

Selepas Ning Xi beredar, Lu Jingli berdiri di sebelah abangnya dan melompat-lompat dengan teruja. "Abang, adakah saya sedang mimpi? Adakah kamu benar-benar suka pada Ning Xi? Selepas sekian lama, akhirnya sekeping logam seperti kamu juga boleh diukir menjadi jarum yang halus. Kamu tidak pernah sesekali menunjuk minat kepada perempuan. Malah saya, adik kamu ini, sudah mula tertanya jika kamu sebenarnya bengkok…"

Apabila perkataan "bengkok" terkeluar dari mulut Jingli, abangnya segera mencelah. "Diam!"

"En," Lu Jingli menjadi senyap.

Perutnya penuh dengan gosip. Namun, dia tidak dibenarkan bertanya untuk menggali kebenaran. Rasa ingin tahu ini cukup untuk membunuhnya!


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C8
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン