アプリをダウンロード
6.36% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 79: Jing Lin Dibelasah (1)

章 79: Jing Lin Dibelasah (1)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Tok Ketua Rong."

Ketika dua orang tua itu sedang berbual, Lin Xiao yang memakai jubah biru kehijauan bergegas masuk, memberikan tabik genggam lalu melaporkan, "Melaporkan kepada Tok Ketua Rong, Jing Lin, tabib diraja dari Keluarga Diraja, datang untuk berjumpa."

Jing Lin?

Tok Ketua Rong, mengerutkan dahinya, tidak lagi kelihatan santai seperti tadi ketika berbual dengan Tuan Tua Ning. Seluruh wajahnya menunjukkan kejengkelan. "Saya sudah cakap saya tidak akan berjumpa dengan sesiapa sahaja daripada Keluarga Diraja!"

"Tok Ketua Rong, Jing Lin kata dia memiliki ubat herba berusia ratusan tahun yang hendak dihadiahkan kepada Tok Ketua Rong."

Lin Xiao melaporkan setiap perkataan yang disebutkan oleh Jing Lin di luar pintu kepada Tok Ketua Rong. Nada suaranya mendatar, seakan sedang membicarakan hal yang tidak penting.

Ubat herba berusia ratusan tahun milik Jing Lin itu mungkin di anggap sangat bernilai di mata orang lain. Namun malangnya Pavilion Perubatan langsung tidak peduli tentangnya!

"Ubat herba ratusan tahun, besarnya hadiah!" Tok Ketua Rong mendengus, wajahnya menunjukkan cemuhan. "Lin Xiao, kamu tahu sebab apa Jing Lin datang ke sini dan melawat saya?"

"Tok Ketua Rong, Jing Lin kelihatan sangat gelisah. Saya syak dia datang ke sini bagi pihak Baginda Putera Mahkota! Pagi ini, saya dengar cerita tenaga rohani Putera Mahkota telah lenyap sepenuhnya. Jing Lin sudah mencuba semua cara yang dia mampu dan masih tidak dapat memulihkan Putera Mahkota. Sebab itu saya syak dia ke sini kerana hal itu."

Dalam hanya satu malam, hal mengenai Putera Mahkota kehilangan tenaga rohaninya tersebar ke seluruh Kerajaan Long Yuan. Sudah tentu, ini tidak terlepas daripada pengetahuan Yun Luofeng. Dengan kebolehan perubatan Jing Lin, dia pastinya tidak mampu menyembuhkan Putera Mahkota. Oleh itu, dia hanya mampu datang ke Pavilion Perubatan untuk meminta bantuan.

"Pergi ke luar semula dan beritahu Jing Lin yang Pavilion Perubatan tidak merawat ahli Keluarga Diraja!" Tok Ketua Rong menyatakan dengan dingin.

Tuan Tua Ning agak bingung dengan Tok Ketua Rong. Walaupun tabib di Pavilion Perubatan mempunyai ego yang tinggi dan sukar untuk meminta-minta daripada mereka, selama ini mereka sentiasa memberi muka kepada Keluarga Diraja. Tambahan pula, pihak satu lagi itu tidak lain tidak bukan ialah Baginda Putera Mahkota sendiri.

Sebentar tadi Tok Ketua Rong telah menolak dengan tegas permintaan pihak itu?

Tok Ketua Rong seperti memahami kebingungan dalam hati orang tua itu lalu menjelaskan kepadanya, "Tuan Tua Ning, sebelum ini kita bercerita tentang tabib hebat yang mampu merawat racun Man Luo Daren. Orang yang hebat ini ada permusuhan dengan Putera Mahkota. Jika saya selamatkan Putera Mahkota sekarang, dan dia tidak senang hati lalu enggan merawat Daren, kepada siapa lagi saya hendak merayu?"

Mendengar kata-kata itu, Tuan Tua Ning terpegun. "Kebetulan pula ni? Genius yang saya kenal juga berdendam dengan Putera Mahkota. Malam semalam, saya sendiri menyaksikan dia membalas dendam terhadap Putera Mahkota."

Tok Ketua Rong sedikit terkejut dan hampir mengatakan sesuatu, namun, kedengaran suasana riuh dari luar, dan pekikan Jing Lin juga sayup-sayup dapat didengari.

"Apa yang berlaku di luar itu?" Tok Ketua Rong berdiri dan mengerutkan muka. "Lin Xiao, kamu pergi tengok apa yang berlaku di sana. Kenapa bising sangat?"

"Baik." Lin Xiao memberi tabik genggam lalu menuju ke luar pintu.

...

Di dewan utama, jelingan kemarahan Jing Lin merenung tajam pada gadis muda yang sangat cantik di hadapannya. Api kemarahan pada matanya kelihatan hampir melonjak keluar.

"Yun Luofeng, perempuan kejam! Selepas memukul Wushuang kelmarin, kamu masih berani muncul di depan saya hari ini! Kamu cuma cemburu dengan Wushuang! Saya beri kamu amaran, kalau kamu menyusahkan Wushuang lagi di masa hadapan, jangan salahkan saya jika saya jadi tidak berhati perut!"

Jing Lin sentiasa menganggap Yun Luofeng sebagai sampah. Walau apa yang berlaku, dia enggan percaya gadis muda tidak berguna ini memiliki kebolehan perubatan yang menakjubkan! Tambahan pula, Wushuang sendiri mengaku dia gagal mendiagnosis keadaan orang tua itu!


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C79
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン