アプリをダウンロード

章 68: Syarat (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Yun Luofeng tersenyum kecil memandang arah Gao Ling yang sedang mengamuk kerana malu.

"Jika saya boleh selamatkan dia, kamu harus tunaikan dua syarat saya."

"Humph!" Gao Ling mendengus. "Jika benar kamu mampu menyembuhkan lelaki tua ini, jangan kata 2, 100 syarat sekalipun Beta boleh beri jaminan! Itupun kalau kamu boleh selamatkan dia!"

"Bagaimana jika kamu menarik balik kata-kata kamu di saat akhir?" Yun Luofeng memeluk tubuh, mengangkat keningnya sedikit.

"Ramai orang boleh menjadi saksi di sini, bagaimana Beta mampu menarik balik kata-kata ini?" Gao Ling menjawab dengan jijik.

Yun Luofeng sampah ini, selain merupakan seseorang yang tidak berguna, dia juga suka merepek! Walau apa sekalipun, perkara seperti ini pernah terjadi bukan sekali dua! Jadi kata-katanya memang tidak boleh dipercayai!

"Semua orang ini ialah orang-orang kamu, saya tak percayakan mereka!" Yun Luofeng menudingkan jari, mengetepikan mereka. "Saya perlukan orang yang tak berat sebelah."

Sebaik kata-kata ini diucapkan, satu suara yang lembut kedengaran dari belakangnya. Suara yang membuatkan orang berasa seperti ditiup angin bayu dan membuat tubuh mereka rasa selesa.

Seolah-olah mendengar suaranya sahaja ialah suatu nikmat terunggul...

"Beta akan menjadi saksi. Beta tidak pasti jika Cik Yun akan berpuas hati?"

Yun Luofeng berpusing ke belakang, lalu terpandang lelaki berpakaian broked sutera. Keningnya terangkat, bibirnya senyum mengusik. "Saya tidak pasti jika ini hanya kebetulan ataupun roh Tuanku Putera Keempat sentiasa berkeliaran? Kenapa setiap kali saya bertemu Mu Wushuang, saya bertemu dengan kamu juga pada masa yang sama? Mungkinkah Tuanku Putera Keempat turut menyukai Mu Wushuang?"

Ekspresi wajah Gao Ling berubah, melontarkan jelingan meluat kepada Gao Saochen, jelas sekali menganggapnya sebagai saingan cinta.

"Hhok, hhok!" Gao Saochen terbatuk kering dua kali, sedikit rasa malu tampak pada wajahnya yang tampan dan lembut. "Cik Yun, kamu mengusik Beta? Kamu fikir semua orang sama seperti seseorang itu yang telah tersalah anggap kaca sebagai permata? Berbanding dengan Mu Wushuang, Beta lebih berminat dengan Cik Yun."

Yun Luofeng berkelip. "Malang sungguh kerana saya tidak berminat dengan kamu, jadi baik kamu mengejar Mu Wushuang."

"Cik Yun, kamu tak rasa kita berdua ini sama sahaja?" Gao Saochen tersenyum dan membuka kipas lipatnya. Senyumannya lembut dan ikhlas, tetapi tidak dapat menyembunyikan kelicikan pada matanya. "Lambat-laun Beta akan menarik minat kamu. Tetapi sebelum itu, kamu tidak dibenarkan menolak Beta kepada orang lain!"

Melalui kata-katanya, jelas lelaki itu berasa jijik terhadap Mu Wushuang. Ini menyebabkan wajah Mu Wushuang menjadi dingin, mata cantiknya menjeling Gao Saochen.

"Putera Keempat, hati patik hanya milik Putera Mahkota seorang. Walaupun Tuanku menginginkannya, patik tetap tidak akan berkahwin dengan Tuanku!"

Seakan tidak mendengar kata-kata Mu Wushuang itu, Gao Saochen terus tersenyum ramah kepada Yun Luofeng, "Cik Yun, adakah kamu akan berpuas hati jika Beta menjadi saksi?"

"Asalkan kamu tidak melindungi Putera Mahkota nanti, kenapa pula saya harus merasa tidak puas hati?" Riak wajah Yun Luofeng sangat angkuh, matanya yang hitam gelap berkilau dengan keyakinan. "Jika saya dapat menyembuhkan lelaki tua ini, saya harap Putera Mahkota boleh tunaikan dua syarat saya! Pertama, kamu tidak boleh mengganggu saya walau apa yang terjadi di masa akan datang. Dan yang paling penting, kamu tidak boleh mengungkit hal pertunangan yang lampau!"

Gao Ling terpegun seketika lalu menyeringai kepada Yun Luofeng. "Jangan risau, Beta tidak akan mengganggu kamu!"

Gao Ling pada masa ini tidak membayangkan akan tiba harinya kata-kata Yun Luofeng ini menjadi kenyataan. Dan dia akan tanpa henti mendesak Yun Luofeng yang ketika itu telah terserlah bakat dalaman dan kebolehannya. Dia akan ingin memperbaiki semula hubungan mereka tanpa rasa malu.

"Dan yang kedua," Yun Luofeng tersenyum, mata hitamnya beralih ke arah Mu Wushuang di samping Gao Ling, "Saya mahu kamu menampar Mu Wushuang dan kamu dilarang berhenti sehingga saya kata berhenti!"


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C68
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン