アプリをダウンロード
2.73% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 34: Biar Saya Hangatkan Katil Kamu

章 34: Biar Saya Hangatkan Katil Kamu

編集者: EndlessFantasy Translation

Selesa di sisinya? Logik apakah ini?

"Beritahu saya, apa yang kamu boleh buat?" Yun Luofeng mengangkat keningnya, merenung lelaki kekok itu dengan senyuman.

Lelaki itu membalas; "Apa saja."

"Apa saja? Bagaimana dengan menghangatkan katil?" Mata Yun Luofeng seakan tersenyum, suaranya menggoda nakal, dan bibirnya kelihatan sedikit mengusik.

Pada masa itu, gadis itu hanya berpakaian kain nipis, paha seputih saljunya yang terdedah dengan suara menggodanya itu mampu memukau sesiapa sahaja. Tetapi ketika itu, dia melihat lelaki di hadapannya itu...tersipu malu?

Eh...lelaki ini memang tidak tahan godaan.

"Saya tidak tahu." Lelaki itu menjawab dengan jujur, seperti seorang budak lelaki yang patuh.

Dia berhenti sejenak lalu menambah, "Saya boleh belajar."

Saya boleh belajar?

Minda Yun Luofeng menjadi kosong melihat lelaki itu. Jika pada suatu hari, seorang lelaki berdiri di hadapan kamu dan mengatakan dia boleh belajar untuk menghangatkan katil kamu, bagaimana kamu mampu kekal tenang?

"Jadi, tinggal dengan saya sebagai pengawal peribadi. Kamu ada bantahan?" Setelah semangatnya kembali, wanita itu sekali lagi menjadi dirinya yang nakal dan tersenyum kepada lelaki di hadapannya itu.

"Saya menurut perintah."

Tiga perkataan ringkas, dia sudah pasti lelaki ini bukan sahaja tidak mempunyai emosi dan sukar difahami tapi juga berat mulut...

"Seperkara lagi, siapa nama kamu?" Yun Luofeng menguap ketika bertanya, seakan tidak peduli dengan soalannya.

Dua hari lalu, datuk kata dia ingin mencarikan pengawal peribadi untuk Yun Luofeng. Dia tidak menyangka pengawal peribadi itu akan datang sendiri.

"Xiao."

"Nama keluarga?"

"Tiada."

Sekali lagi Yun Luofeng terperanjat dan tanpa sedar memandang lelaki itu, tapi setelah melihat tiada emosi pada wajah lelaki itu, hujung bibirnya menggerenyet sebelum mengatakan, "Mulai sekarang, nama kamu ialah Yun Xiao."

Yun Xiao...

Lelaki itu membisikkan dua perkataan itu lalu mengangkat kepalanya untuk melihat Yun Luofeng, matanya yang sukar terbaca semakin bercahaya. "Mulai saat ini, saya akan melindungi kamu."

...

Ketika Yun Luofeng keluar dari bilik itu, hari sudah pun lewat. Dia bercadang mencari datuknya untuk membincangkan hal berpindah ke belakang gunung dan memperkenalkan Yun Xiao kepada datuknya sekali. Namun, dia tidak sangka orang tua itu masih belum pulang. Justeru itu, setelah menunggu beberapa ketika, dia berhenti menunggu dan kembali ke dalam biliknya.

Namun, apabila dia melangkah ke dalam biliknya lagi, dia mendapati Yun Xiao, yang sebentar tadi hanya berdiri di situ, telah lenyap...

"Yun Xiao?" Yun Luofeng mengerutkan keningnya dan memanggil Yun Xiao sebelum pandangan matanya terhenti di katil...

Bonjolan pada katil itu jelas menunjukkan ada seseorang sedang baring di atasnya. Orang yang sedang baring di bawah selimut itu bangun setelah mendengar suara Yun Luofeng.

Pandangannya jelas pada wajah tampan lelaki itu, ekspresi wajah lelaki itu tidak menunjukkan emosi. Dia sedang memuncungkan bibirnya dan mata gelapnya kelihatan jernih.

Pandangan Yun Luofeng bergerak ke bawah sedikit demi sedikit sehingga terhenti pada abdomen lelaki itu yang sasa. Melihat tubuh yang menggoda seperti itu, Yun Luofeng terus khayal.

Jika lelaki ini dijual ke rumah pelacuran, pasti seluruh negara akan berpesta, dan dia akan menjadi lebih popular dari si Putera Mahkota.

Yun Xiao, sudah tentu, tidak sedar akan isi hati Yun Luofeng, dan mata gelapnya merenung tajam ke arah Yun Luofeng. "Kamu suruh saya menghangatkan katil kamu, dan sekarang...katil ini sudah cukup hangat untuk kamu tidur."

Yun Luofeng bagai dipanah petir.

Rupanya, lelaki ini telah salah faham kata-katanya? Jadi dia tersipu-sipu tadi bukan sebab mendengar Yun Luofeng menyebut ayat "menghangatkan katil"?

Pada ketika ini, Yun Luofeng mendapati lelaki ini sebenarnya sangat...naif dan comel?


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C34
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン