アプリをダウンロード
80.22% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 714: Giliran Saya (1)

章 714: Giliran Saya (1)

編集者: EndlessFantasy Translation

Selepas mendengar apa yang Ning Rui katakan, Gu Ying berpaling dan mencari-cari Jun Xie di celah-celah kerumunan orang ramai. Tapi dia terkejut apabila mendapati setelah semua pelajar Akademi Zephyr bersurai, dia langsung tidak melihat kelibat Jun Xie!

Ketika itu Gu Ying berasa terkejut. Badannya bergerak sepantas kilat. Dia pergi ke segenap pelosok Akademi Zephyr tapi masih tidak dapat menemui Jun Xie!

Macam mana ini boleh berlaku!?

Hati Gu Ying dicengkam perasaan gerun. Dia bergegas ke fakulti Pemulih Roh. Tetapi sebaik tiba di situ, dia mendapati seluruh fakulti itu kosong.

Gu Li Sheng dan para pelajarnya sudah hilang tanpa kesan. Kawasan fakulti Pemulih Roh lengang seperti bandar hantu.

[Bum!]

Minda Gu Ying berkecamuk memikirkan kembali kelakuan Jun Xie sepanjang dua hari yang lalu. Dia tidak mendapati ada apa-apa yang tidak kena. Namun dalam pergerakan harian Jun Xie, ada dua kejadian yang mencurigakan iaitu pertemuan peribadi di antara Jun Xie dan Gu Li Sheng...

Jun Xie telah bertemu dengan Gu Li Sheng sebanyak dua kali dalam tempoh dua hari tersebut. Kalau dicampurkan, pertemuan tidak mengambil masa satu jam pun. Selain daripada dua kejadian tersebut, Gu Ying sering memerhatikan Jun Xie dengan teliti. Dia tidak menyangka ada apa-apa yang tidak diduga akan berlaku.

Tapi hari ini, Wen Xin Han bertindak di luar jangkaan. Gu Ying tidak menyedarinya sebelum ini. Namun setelah memikirkan tentang tindak-tanduk Jun Xie setelah kembali ke akademi, Gu Ying mencapai satu kesimpulan yang menakutkan!

Kelakuan Wen Xin Han yang aneh dan luar biasa itu berlaku hanya selepas kepulangan Jun Xie!

Gu Ying tiba-tiba terfikirkan sesuatu yang menggerunkan.

Kehilangan Ah Jing, kelakuan pelik Wen Xin Han dan pemergian semua orang di fakulti Pemulih Roh secara tiba-tiba… Semua kejadian ini pasti ada kaitan dengan Jun Xie!

"Jun Xie! Saya benar-benar dah pandang rendah pada kamu!" Wajah Gu Ying menjadi herot kerana terlalu marah. Dia mengetap giginya dengan kuat sambil merenung bangunan fakulti Pemulih Roh yang luas dan lengang.

Dia tidak menyangka sedikit kelekaan dalam penilaiannya terhadap Jun Xie akan membawa malapetaka seperti ini!

Dalam keadaan berang, Gu Ying pergi ke pejabat Ning Rui dan menendang pintu dengan kuat. Dia mendekati Ning Rui yang kelihatan bingung itu, menarik kolarnya lalu berkata dengan penuh ancaman, "Cepat kumpulkan semua pelajar Akademi Zephyr dan bawa mereka semua ke Cenuram Penghujung Syurga!"

Ning Rui menjadi takut melihatkan renungan ganas Gu Ying. Mata Gu Ying kelihatan merah menyala.

"Apa… apa yang berlaku…"

"Kita telah dipermainkan oleh Jun Xie. Hal Wen Xin Han menyelamatkan Fan Jin pasti ada kaitan dengan dia," kata Gu Ying sambil mengecilkan matanya. Kemarahannya meluap-lupa.

"Tak mungkin begitu… Jun Xie tak kenal Wen Xin Han… lagipun bukankah kamu ada bersama-sama Jun Xie selama ini? Macam mana dia boleh dapat peluang untuk berhubung dengan Wen Xin Han?" Ning Rui menelan air liur apabila Gu Ying memalingkan kembali renungan matanya yang penuh ancaman itu.

"Dia mungkin tak ada peluang untuk berhubung dengan Wen Xin Han, tapi Gu Li Sheng boleh lakukannya!" Gu Ying memikirkan kembali saat Jun Xie bertemu dengan Gu Li Sheng. Ketika itu Jun Xie membawa Gu Ying pergi dari fakulti Pemulih Roh dengan alasan mahu mengajarnya tentang Pemulihan Roh. Dia diumpan pergi untuk mengelakkan dia tahu tentang pergerakan Gu Li Sheng.

Jun Wu Xie membuat rancangan rapi dan melaksanankannya senyap-senyap tanpa pengetahuan orang lain. Sebelum seluruh kejadian ini meledak di hadapan musuh-musuhnya, tiada siapa dapat meneka apa yang dirancangkannya.

Gu Ying telah dikalahkan kali ini. Dia tewas dengan sikap cuai sebagai anak muda. Gu Ying terlalu yakin dengan dirinya sendiri.

Kehilangan Jun Xie dan Gu Li Sheng telah menghapuskan rancangan Gu Ying di Akademi Zephyr. Kini dia tidak ada pilihan selain memaksa pelajar Akademi Zephyr meneroka dasar Cenuram Penghujung Syurga secepat mungkin untuk mengelakkan apa-apa kejadian lain berlaku!

"Wen Xin Han dah tak ada dan kamu kini berkuasa di Akademi Zephyr. Dalam masa tiga hari, saya mahu seluruh pelajar Akademi Zephyr bergerak dari sini!" Gu Ying berasa amat berang dengan bencana yang menimpanya disebabkan kecuaiannya sendiri.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C714
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン