アプリをダウンロード
54.26% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 483: Pasukan Serangan Paling Ganas (2)

章 483: Pasukan Serangan Paling Ganas (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Kerajaan Qi tidak boleh dan tidak berani tewas.

Mereka tidak peduli jika mereka terkenal kerana tidak pernah kalah. Ini kerana alternatifnya langsung tidak boleh difikirkan!

Kalau mereka kalah, mereka akan kehilangan negara mereka.

Jun Wu Xie masih ingat lagi ekspresi sayu di wajah Jun Xian sewaktu mereka berbual tentang hal ini. Jun Xian akan memaksa dirinya tersenyum, namun matanya sering kelihatan sedih apabila dia teringatkan tentang betapa peritnya ketika merasai kehilangan.

Kemasyhuran Tentera Rui Lin "dibeli" dengan nyawa askar-askarnya yang tidak mementingkan diri. Semua orang hanya tahu tentang keganasan dan kekuatan Tentera Rui Lin, tetapi tak ada siapa yang ingat tentang kematian askar-askar ini yang telah berkorban nyawa demi rakyat Kerajaan Qi.

Kalau boleh, Jun Xian sanggup melepaskan segala kemasyhuran dan hartanya daripada membiarkan askar-askarnya menempuh medan pertempuran bersama-sama dengannya.

Ahli Keluarga Jun tidak boleh bangga dengan reputasi Tentera Rui Lin!

Inilah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh Jun Xian.

Reputasi itu harus menjadi sesuatu yang memalukan. Apabila seseorang komander itu gagal membawa askar-askar di bawah pimpinannya pulang hidup-hidup, kesalahan harus diletakkan ke atas bahu komander tersebut yang tidak cekap.

Jun Wu Xie tidak tahu sejak bila perasaan ini muncul. Tetapi dia masih ingat wajah datuk dan pak ciknya yang kelihatan sayu tetapi penuh keazaman sewaktu mereka memberitahu hal ini kepadanya.

"Hutan Roh Pertempuran ini tidak terlalu jauh dari Kerajaan Qi, tetapi saya tak sangka akan bertemu dengan sesiapa dari Tentera Rui Lin di sini." Fan Jin kelihatan bersemangat. Hero-hero yang telah lama dihormati dan dikaguminya itu telah muncul dan dia terasa seperti kanak-kanak yang amat teruja.

Qiao Chu berdehem perlahan lalu berkata pada Fan Jin, "Saya cuma nak kata yang dewa-dewa peperangan yang kamu sebutkan tadi kini berada bersama-sama Ning Xin dan kumpulannya. Nampaknya dia sudah mengambil kesempatan ke atas hero-hero kamu itu."

Dengan satu pernyataan itu sahaja, wajah Fan Jin yang tadinya kelihatan teruja terus kelihatan seperti telah disimbah sebaldi air sejuk!

Fan Jin juga merasakan syarat-syarat yang Ning Xin minta itu terlalu melampau.

"Mari." Jun Wu Xie yang selama ini diam sahaja, tiba-tiba bersuara. Dia mengangkat kucing hitam kecil itu ke bahunya, tempat kucing itu biasanya bertenggek.

"Jun Xie, kita nak ke mana?" tanya Qiao Chu kepada Jun Xie, dengan nada tertanya-tanya. Dia tahu Ning Xin mengambil kesempatan ke atas orang lain lagi. Tetapi mereka tak patut terlibat kerana mereka tidak ada kaitan dengan lelaki-lelaki tersebut. Dia hanya mampu bersimpati terhadap askar-askar Tentera Rui Lin itu di dalam hatinya.

"Tasik Bulan Roh," jawab Jun Wu Xie dengan ringkas.

Kalau Ning Xin tidak melakukan apa-apa ke atasnya, Jun Wu Xie juga tidak akan ambil peduli. Tetapi Ning Xin memilih untuk mengambil peluang ke atas orang-orang dari Tentera Rui Lin. Jun Wu Xie tidak boleh membiarkan Ning Xin berbuat sesuka hatinya.

Orang-orang bawahan datuknya tidak boleh dianiaya oleh seseorang yang kejam dan suka memanipulasi!

Setelah mendengarkan kata-kata tersebut, semua orang, kecuali Ye Sha, menjadi terkejut dan tergamam dengan keputusan tiba-tiba Jun Xie ini.

"Ke….. kenapa kita nak ke Tasik Bulan Roh?" Mata Qiao Chu terbeliak. Jun Xie tidak suka masuk campur hal orang lain. Lagipun sewaktu Fan Jin bercerita dengan penuh bersemangat tadi, wajah Jun Xie tetap dingin dan tidak berperasaan.

Mungkinkah darah Jun Xie membara-bara setelah mendengarkan cerita-cerita tadi, lalu dia mahu pergi menyelamatkan orang-orang Tentera Rui Lin itu daripada dianiaya?

Jun Wu Xie menjeling dingin pada Qiao Chu, tetapi tidak berkata apa-apa padanya.

Qiao Chu menelan air liur. Tetapi dia sudah terbiasa dengan Jun Xie yang tidak mempedulikan kata-katanya.

"Tapi kita tak tahu lokasi Tasik Bulan Roh." Rong Ruo telah meneliti petanya sewaktu Jun Wu Xie menyebut tentang tasik itu tadi. Jangan kata hendak mencari Tasik Bulan Roh, tempat mereka berdiri ketika ini juga tidak ditunjukkan di dalam peta itu.

"Sila ikut saya. Saya sudah melepaskan seekor Ular Dakwat yang boleh terus mengekori mereka. Kita hanya perlu mengikut kesan kehadiran Ular Dakwat itu dan kita akan dapat menjejak lokasi mereka," jawab Ye Sha dengan serius.

Ahli-ahli kumpulan itu saling bertukar pandangan penuh makna. Mereka begitu ingin tahu tentang identiti Ye Sha, tetapi tidak bertanya apa-apa.

Selepas mendengar cerita Fan Jin tentang Tentera Rui Lin, Qiao Chu dan yang lain mempunyai tanggapan yang baik dan positif tentang mereka. Sewaktu Jun Xie mengatakan mereka akan pergi ke tempat di mana askar-askar Rui Lin berada, ahli-ahli kumpulannya langsung tidak membantah.

Setelah membuat persiapan sedikit, ahli-ahli kumpulan ini mengikut Ye Sha dan meneliti kesan yang ditinggalkan oleh Ular Dakwat. Mereka memulakan perjalanan menuju Tasik Bulan Roh.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C483
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン