アプリをダウンロード
47.3% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 421: Kemarahan Gu Li Sheng (2)

章 421: Kemarahan Gu Li Sheng (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Li Zi Mu sudah melampau! Kemarahan Gu Li Sheng hampir meledak!

Dia mengambil Li Zi Mu masuk ke dalam fakulti Pemulih Roh hanya untuk menyempurnakan rancangannya. Jun Xie perlu dilindungi dan disembunyikan jadi Gu Li Sheng terpaksa mengaturkan untuk seorang lagi pelajar dimasukkan ke fakulti Pemulih Roh untuk mengelakkan sebarang syak. Secara tak sengaja dia terserempak dengan Li Zi Mu pada hari pertama kemasukan para pelajar baru dan tanpa banyak berfikir, memilih Li Zi Mu sebagai pelajarnya.

Mengenai hal Jun Xie pula, Gu Li Sheng sudah menjelaskannya pada Guru Besar dan Li Zi Mu. Dia mengatakan yang dia sendiri tersilap dan ini tak ada kena-mengena dengan Jun Xie.

Tujuan penjelasan itu ialah kerana Gu Li Sheng sememangnya risau pelajar lain akan sengaja menyusahkan Jun Xie selepas dia meninggalkan fakulti Pemulih Roh. Gu Li Sheng telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Fakulti Pemulih Roh untuk menanggung kesalahan atas "kesilapan" itu. Dia tidak pernah menyangka yang selepas dia memberitahu Li Zi Mu "hal sebenar" pelajarnya itu tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menyebarkan khabar angin yang jahat!

Melihatkan seorang penyamar menyebarkan khabar angin yang kejam ini sehingga membuatkan Jun Xie, pelajar yang paling disayanginya, ditimpa musibah, Gu Li Sheng hampir mahu menyiat-nyiat Li Zi Mu.

Gu Li Sheng merenung Fan Jin dengan bingung. Dia tahu benar yang di dalam situasi sebegini, tak ada gunanya kalau dia sendiri menjelaskan hal ini sekali lagi. Ini kerana khabar angin yang jahat itu sudah pun tersebar dan berakar-umbi di seluruh Akademi Zephyr.

Dalam keadaan sekarang, hari-hari mendatang Jun Xie di Akademi Zephyr mungkin akan menjadi teramat sukar.

"Fan Jin, Pak Cik sentiasa percaya pada kamu dan tahu kamu orang yang boleh diharap. Pak Cik mahu meminta kamu menjaga Jun Xie dengan baik. Sebenarnya…"

Gu Li Sheng memberitahu Fan Jin seluruh perkara sebenar berkaitan Jun Xie. Dia membuat keputusan berbuat demikian disebabkan dua perkara. Pertamanya, dia percaya dengan keperibadian Fan Jin. Pemuda itu telah datang bertemu Gu Li Sheng untuk berhujah dengannya bagi pihak Jun Xie. Ini membuktikan Fan Jin menganggap Jun Xie sebagai seseorang yang dia sanggup pertahankan. Keduanya, adanya khabar angin yang kejam ini tersebar dengan hangat ke seluruh Akademi Zephyr, Jun Xie akan mengalami keadaan yang sukar di fakulti Roh Binatang juga. Tanpa perlindungan Fan Jin, Gu Li Sheng tidak dapat membayangkan keadaan yang Jun Xie akan tempuhi.

Jadi, Gu Li Sheng telah membuat keputusan yang dia perlu memberitahu keseluruhan cerita itu kepada Fan Jin.

Fan Jin mendengar segalanya dengan tenang pada mulanya. Setelah Gu Li Sheng selesai menceritakan semuanya, dia amat terkejut. Mata Fan Jin terbeliak memandang Gu Li Sheng dengan tidak percaya dan dia tergagap-gagap, "Pak Cik….Pak Cik kata Jun Xie...boleh menambah baik...teknik Pemulihan Roh!?"

Ya tuhan! Apa yang dia dengar ni?!

Tentulah Fan Jin tahu betapa berharganya teknik Pemulihan Roh dan….

Gu Li Sheng memberitahu dia yang Jun Xie sebenarnya sudah memahami segalanya tentang teknik Pemulihan Roh dalam masa singkat seperti pendeknya tempoh pembakaran sebatang colok! Fan Jin tidak percaya dengan apa yang dia dengar!

"Ya, Pak Cik juga masih tidak dapat mempercayainya, tetapi apa yang Pak Cik beritahu kamu ini benar belaka. Hal ini teramat penting dan sebelum Jun Xie menyempurnakannya, dia terpaksa menanggung segala kutukan yang dilemparkan kepadanya dan bertahan dengan penganiayaan. Pak Cik harap kamu akan menjaga dia dengan baik sepanjang tempoh ini dan seboleh-bolehnya cuba membuatkan kehidupannya di akademi ini selesa sedikit," rayu Gu Li Sheng sambil mengeluh.

"Pak Cik Gu jangan risau. Yakinlah yang saya tak akan benarkan sesiapa pun membuli Jun Xie," kata Fan Jin sambil mendabik dada dengan penuh keyakinan. Mungkin dia tak dapat meyakinkan Gu Li Sheng berkenaan hal lain, tetapi Fan Jin percaya dia boleh menggalas tugasan melindungi Jun Xie ini dengan agak mudah.

"Pak Cik lega sedikit mendengar jaminan kamu." Gu Li Sheng tersenyum lemah. Hanya disebabkan Fan Jin dia dapat menyedari kesukaran yang Jun Xie kini hadapi di Akademi Zephyr.

Dia benar-benar tidak menyangka Li Zi Mu yang dipilihnya tanpa banyak soal itu akan menjadi dalang di sebalik segala kekecohan ini.

Selepas mengetahui keseluruhan cerita, keraguan Fan Jin terjawab. Menyedari Gu Li Sheng yang telah memasukkan Jun Xie ke fakulti Roh Binatang, Fan Jin menyatakan yang dia pasti memerhatikan Jun Xie di sana. Setelah mendengar beberapa lagi nasihat dan amaran dari Gu Li Sheng, Fan Jin meninggalkan fakulti Pemulih Roh.

Gu Li Sheng berfikir secara mendalam. Manakala Li Zi Mu, yang masih lagi bergembira dengan kedudukan barunya itu, langsung tidak menyedari hakikat yang dia telah menimbulkan kemarahan seseorang di fakulti Pemulih Roh. Seseorang yang tidak sepatutnya dia buatkan berasa sakit hati dengannya walaupun sedikit. Apa yang menantinya di Akademi Zephyr bukanlah kemegahan dan kemahsyuran yang dibayangkan, tetapi kegagalan dan kekalahan.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C421
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン