アプリをダウンロード
27.3% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 243: Pemulihan (2)

章 243: Pemulihan (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Proses pemulihan ini dilakukan secara sistematik dan teliti, seperti apa yang Jun Wu Xie lakukan di kehidupannya yang lalu dalam usaha menyelamatkan pesakitnya. Pada ketika ini, minda Jun Wu Xie perlu berada dalam keadaan tenang.

Sewaktu proses penyingkirkan racun secara berperingkat dengan mengalirkan darah keluar, Jun Wu Xie memerhatikan dengan teliti dengan matanya yang dingin supaya dia dapat memberikan Mo Qian Yuan eliksir penambah darah pada waktu yang tepat. Eliksir itu dikacau dengan sedikit air suam agar lebih mudah diserap. Keadaan Mo Qian Yuan yang amat lemah membuatkan Jun Wu Xie berhati-hati supaya tidak keterlaluan membuat penambahan darah. Ini bagi mengelakkan keadaan badan yang lemah itu tidak mampu bertahan dan menyebabkan racun itu lebih tersebar.

Racun bercampur darah dalam badan Mo Qian Yuan disingkirkan secara perlahan-lahan dan menitis keluar melalui jarum-jarum pada badannya. Alas katil Mo Qian Yuan sudah menjadi warna merah darah dan bau yang tajam tersebar di udara.

Apabila darah yang menitis keluar itu kelihatan lebih cerah, Jun Wu Xie mula memberikan lebih banyak eliksir penambahan darah. Dia juga tetap memberikan Mo Qian Yuan minum air secara berkala.

Mo Qian Yuan terbaring kaku di katil dan tulang-tulangnya yang patah tidak membenarkan dia terlalu banyak digerakkan. Selepas Jun Wu Xie menstabilkan keadaannya dan mengembalikan fungsi pelbagai organ dalaman Mo Qian Yuan, dia mula merawat tendon kaki dan tangan lelaki itu yang telah dikelar. Luka dikelar itu amat dalam sehingga tulangnya dapat dilihat. Jun Wu Xie memegang jarum peraknya dan memasukkan benang yang lebih halus daripada rambut melalui lubang jarum itu. Benang itu begitu halus sehingga hampir kelihatan lut cahaya. Tangan Jun Wu Xie melakukan keajaiban dan dia menjahit kembali tendon yang sudah terputus.

Inilah kali pertama Teratai Mabuk melihat seseorang yang mampu menjahit kembali tendon yang sudah putus. Matanya terbeliak sewaktu dia memerhatikan kemahiran perubatan tuannya ini dengan kagum.

Tangan Jun Wu Xie bergerak dengan pantas dan stabil. Tak lama kemudian, tendon-tendon itu siap dijahit semula. Dia menukar jarum lain pula dan mula menjahit luka luaran.

Melihatkan hasil kerja Jun Wu Xie, Mo Qian Yuan seolah-olah berubah daripada manusia kepada anak patung kain. Jahit dan tampal, prosedur yang mudah, tetapi perlahan-lahan membuatkan Mo Qian Yuan yang tadinya hampir mati, kembali pulih.

Mula-mula organ, kemudian arteri dan urat,dan selepas itu tulang-tulang yang patah.

Selepas Jun Wu Xie sudah menjahit semua luka-luka pada badan Mo Qian Yuan, dia menyapu ubat pemulihan pantas ke atas luka-luka itu untuk melegakan dan menutupnya. Luka-luka yang merah berdarah itu semakin susut bengkak dan kurang sakit. Jun Wu Xie kemudiannya memasang penganduh pada seluruh badan Mo Qian Yuan supaya tulang-tulangnya dapat pulih dengan baik.

Jun Wu Xie sudah bertungkus-lumus selama separuh hari merawat Mo Qian Yuan yang cedera parah. Matahari sudah mula terbit sewaktu Jun Wu Xie akhirnya melangkah menjauhi katil Mo Qian Yuan.

Walaupun Mo Qian Yuan masih pucat, namun pernafasannya semakin kuat. Tetapi keadaannya yang berbalut dan dipasang anduh daripada kepala hingga ke kaki, membuatkan dia kelihatan menyedihkan.

"Panggil pengawal di pintu, suruh masuk ke dalam," kata Jun Wu Xie yang juga kelihatan pucat sambil bergerak ke kerusi di tepi katil. Dia baru saja duduk, secawan teh yang harum sudahpun muncul di depan matanya.

Jun Wu Xie mendongak sedikit dan terpandang mata Jun Wu Xiao. Dia menerima teh yang dihulurkan dan menunduk sedikit untuk menghirup teh itu bagi membasahkan tekaknya yang dirasakan amat kering.

Jun Wu Xie merasakan dia tidak mengambil masa terlalu lama untuk memulihkan Mo Qian Yuan. Di dalam kehidupannya sebelum ini, dia pernah berdiri selama tiga hari di meja pembedahan tanpa melelapkan mata, dan melakukan pembedahan secara berturut-turut. Akhirnya dia perlu dipapah keluar daripada dewan bedah.

Sewaktu menjalankan rawatan, badannya lupa untuk berasa letih. Selagi dia berdiri di hadapan nyawa yang perlu diselamatkan, dia menjadi seperti mesin pemulihan yang tenang dan tidak berperasaan.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C243
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン