アプリをダウンロード
24.38% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 217: Pencapaian (5)

章 217: Pencapaian (5)

編集者: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie mengangkat kepalanya dan memandang Ular Melayang yang kejam itu. Mata Jun Wu Xie kelihatan amat tenang.

Jun Wu Xie duduk bersila sambil bertapa di dalam kegelapan itu. Dia langsung tidak berniat untuk melawan Ular Melayang.

Keangkuhan Ular Melayang membara, marah dengan roh manusia kecil yang duduk dalam keadaan tenang sambil berhadapan dengan dirinya yang megah dan agung ini. Roh manusia itu kelihatan langsung tidak terkesan sedangkan dia sepatutnya sedang dalam ketakutan.

"Kau tak takut aku akan menyiat-nyiat kau menjadi cebisan kecil?" Ular Melayang mengaum.

Jun Wu Xie membuka matanya, masih lagi tenang.

"Kau berada dalam badan aku. Macam mana pula kau mahu menyiat-nyiat aku?"

Ular Melayang itu tergamam. Budak kecil ini, tidakkah dia terlalu tenang?

Ular Melayang itu tidak menyedari di mana tempatnya kini. Tetapi setelah mendengar kata-kata Jun Wu Xie, Ular Melayang itu menyedari keadaan udara yang berbeza daripada sebelum ini….jelas sekali menunjukkan yang Ular Melayang itu kini berada di Tiga Alam Rendah!

Di dalam Tiga Alam Rendah, tidak ada roh berkontrak yang telah melepasi tujuh tahap dan mempunyai penampilan yang kuat sepertinya. Bukankah roh manusia ini sepatutnya ketakutan sehingga hilang akal sebaik terpandang Ular Melayang yang mempunyai penampilan hebat seperti ini?

Lagipun, bagaimana Jun Wu Xie tahu yang mereka kini berada di dalam badannya?

"Bagaimana kamu tahu?" Ular Melayang tergamam melihatkan keadaan Jun Wu Xie yang tenang.

Jun Wu Xie baru sahaja menutup matanya sewaktu Ular Melayang bersuara. Dia membuka matanya semula dan berkata dengan kurang sabar, "Kau bukan roh pertama yang masuk ke sini. Tak perlu nak buat kecoh."

Bagi orang lain, kali pertama mereka menyerap roh, mereka akan berada dalam keadaan panik. Tetapi hal ini bukanlah sesuatu yang asing bagi Jun Wu Xie.

Sewaktu kucing hitam kecil itu bergabung dengannya, keadaan ketika itu sama seperti sekarang. Dunia yang kelihatan gelap ini ialah satu ruang di dalam rohnya. Penampilan Jun Wu Xie ketika ini cumalah satu serpihan yang berevolusi daripada rohnya, sama seperti roh Ular Melayang. Ketika pertama kali datang ke ruang ini dan bertemu dengan kucing hitam kecil itu, Jun Wu Xie berasa panik dan tidak berdaya. Tetapi kini, ruang ini sudah menjadi suatu tempat yang amat dikenalinya!

Di dalam ruang gelap dalam rohnya ini, mustahil ada roh lain yang dapat mengapa-apakan dia. Apa yang perlu dilakukannya sekarang hanyalah berdiam diri dan menggunakan ruang ini untuk menarah roh Ular Melayang sedikit demi sedikit supaya dapat diserap.

Inilah pentingnya mempunyai pengalaman!

Kemenangan mutlak milik Jun Wu Xie!

Ular Melayang tergamam sambil merenung Jun Wu Xie yang duduk dengan tenang di atas tanah. Ular Melayang dapat merasai rohnya dibaham sedikit demi sedikit, masuk ke dalam ruang tidak bercahaya ini.

Ular Melayang tidak boleh terus bertenang!

Dirinya akan dibaham oleh seorang gadis muda yang kecil dan tidak penting ini?

"Tunggu! Jangan lakukannya!" Ular Melayang merayu, tidak mahu dibaham!

Kalau tak kerana lelaki yang menakutkan itu, Ular Melayang tidak akan merendah-rendahkan dirinya seperi ini...

Jun Wu Xie tidak mempedulikan rintihan Ular Melayang dan terus fokus untuk memecahkan roh binatang itu dan dengan penuh sabar, menyerap roh itu sedikit demi sedikit.

Sebaik diserap, Ular Melayang tidak mempunyai sebarang peluang untuk melarikan diri. Di dalam ruang ini, Ular Melayang hanya boleh melarikan diri jika roh Jun Wu Xie mengalah. Kalau tidak, Ular Melayang hanya mampu menerima nasibnya untuk dibaham.

Jun Wu Xie tidak sedar berapa lama masa sudah berlalu ketika dia akhirnya membuka mata setelah selesai pertapaannya. Apa yang dapat dilihatnya bukanlah kegelapan yang tidak berpenghujung, tetapi biliknya sendiri.

Terdengar satu suara nakal yang dilapisi kelegaan dari arah atas kepala Jun Wu Xie, "Abang tahu kamu boleh lakukannya, dan kamu tak akan apa-apa." Setelah berkata begitu, tubuh kecil molek dalam pelukannya dipusing menghadapnya.

Wajah Jun Wu Xie dipenuhi butir-butir peluh. Matanya yang bulat dan besar itu belum dibuka sepenuhnya kerana dia masih lagi belum benar-benar sedar. Setelah menyedari kehadiran Jun Wu Yao di hadapannya, Jun Wu Xie menegakkan badannya dan secara separa sedar, menunduk untuk memandang tapak tangannya. Satu cahaya api rohani berwarna jingga terpancar di situ.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C217
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン