アプリをダウンロード
17.19% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 153: Sedar Diri (4)

章 153: Sedar Diri (4)

編集者: EndlessFantasy Translation

Jun Qing terkejut. Jun Wu Xie berniat mahu mengalihkan kemarahan rakyat terhadap pihak yang memegang kuasa?

"Bagaimana kamu begitu yakin lima puluh orang yang mati itu datang daripada Istana Diraja?" Benar kata Jun Wu Xie, dalam keadaan biasa, keluarga orang yang bekerja dengan kerajaan tidak akan terlibat. Tetapi memandangkan racun itu memberi kesan ke atasseluruh Bandar Diraja, mereka akan risau tentang keselamatan ahli keluarga mereka yang berada di Istana Diraja, dan akan bertanyakan tentang mereka.

Lagipun, tindakan Long Qi dan orang-orangnya jelas menunjukkan yang penawar itu hanya diberikan kepada orang ramai, dan bukan Istana Diraja.

Keluarga pekerja kerajaan telah membawa penawar ini ke Istana Diraja untuk memastikan keselamatan ahli keluarga mereka.

Dari aspek ini, Jun Wu Xie tidak perlu mengangkat jarinya sekalipun untuk mendapatkan berita, orang ramai sendiri akan membawakan berita kepadanya.

"Untuk menjalankan muslihat yang berbahaya ini, beranikah mereka menggunakan rakyat biasa?" Jun Wu Xie menjelaskan dengan bersahaja. Tindakan yang mendatangkan kesan ke atas semua penduduk bandar, Maharaja sekalipun akan dipaksa turun takhta oleh rakyat yang marah. Mereka tidak akan mengambil risiko seperti ini.

Kalau bukan di kalangan hamba suruhan atau sida-sida, pastinya orang-orang ini datang dari kalangan Tentera Pengawal Diraja iaitu Tentera Yu Lin. Jun Wu Xie amat yakin tentangnya.

"Tapi jika perkara ini diketahui….." Jun Qing tidak berani memikirkan kesan yang akan berlaku jika rakyat mendapat tahu yang lima puluh orang pembawa racun ini datangnya dari Istana Diraja.

"Kamu akan gunakan kemarahan rakyat untuk menentang Maharaja?" tanya Jun Qing.

Jun Wu Xie menggelengkan kepalanya.

"Dalam hal pembalasan dendam, saya lebih suka lakukannya sendiri."

Jika dilakukan oleh orang lain, kepuasannya tak sama...

Rusuhan daripada rakyat menentang kekuatan Maharaja akan mengurangkan impak pembalasan dendamnya.

Jun Qing menggeletar sedikit sambil memandang Jun Wu Xie. Dia tak tahu apa yang anak saudaranya ini rancangkan, tetapi dia amat jelas tentang sesuatu perkara. Siapa sekalipun sasaran Jun Wu Xie kali ini, orang itu akan mati!

"Kamu kata racun ini berpunca daripada Bai Yun Xian? Wu Xie, ada banyak perkara tentang Kumpulan Qing Yun yang kamu mungkin tak tahu. Pak Cik hanya mahu beritahu kamu, jika sasaran kamu ialah Maharaja, kamu boleh mencapai kemegahan di bawah panji Mo Qian Yuan selaku Putera Mahkota. Tapi jika sasaran kamu ialah Bai Yun Xian, kamu perlu berhati-hati kerana dia ada sokongan Kumpulan Qing Yun di belakangnya. Membunuhnya tidak susah, tetapi menentang Kumpulan Qing Yun selepas itu amat sukar." Jun Qing memberikan amaran. Selepas Jun Wu Xie memberitahunya racun yang diberikan kepada Lin Yue Yang dan yang membunuh lima puluh orang itu datangnya dari Bai Yun Xian, dia tahu Jun Wu Xie tidak mungkin akan melepaskan Bai Yun Xian.

Jun Wu Xie mengerutkan keningnya. Dia tidak ada banyak maklumat mengenai Kumpulan Qing Yun, hanya apa yang didengarnya daripada orang-orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kumpulan ini membina kekuatan mereka di seluruh dunia melalui pengetahuan mereka dalam bidang perubatan. Kehebatan ilmu perubatan Kumpulan Qing Yun diakui dan dihormati oleh kebanyakan negara dan pelbagai kuasa besar. Tidak ramai yang menentang mereka, bukan kerana takutkan kekuatan mereka, tetapi takut kehilangan ilmu perubatan mereka.

Semua orang takut mati dan semua orang berharap dapat menerima bantuan Kumpulan Qing Yun pada saat-saat kritikal.

Kebergantungan ini mungkin tidak nampak serius. Tetapi jika Kumpulan Qing Yun meniup semboyan untuk meminjam kekuatan, apa yang akan menakutkan pihak musuh ialah jawapan bergemuruh daripada mereka yang terhutang budi serta mahukan kepakaran Kumpulan Qing Yun.

Selain pelbagai negara di dunia ini, kuasa kumpulan nomad juga tidak boleh dipandang rendah. Tidak lupa juga kuasa kumpulan pertapa yang suka mengasingkan diri.

Ini sebahagian daripada kuasa-kuasa dan kekuatan yang boleh digunakan oleh Kumpulan Qing Yun.

Jika Kumpulan Qing Yun mengangkat tangan mereka untuk menentang Keluarga Jun, ini akan menjadi beratus kali ganda lebih sukar daripada pertempuran paling sengit yang pernah mereka hadapi!

Kekuatan angkatan tentera dan pelbagai kuasa yang mengepung mereka dari semua arah tidak mampu dihentikan oleh satu angkatan tentera yang hanya ada beberapa ratus ribu orang anggota!


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C153
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン