アプリをダウンロード
10.33% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 92: Tamparan Pertama (3)

章 92: Tamparan Pertama (3)

編集者: EndlessFantasy Translation

Tiada siapa yang percaya Jun Wu Xie mampu menghasilkan Pil Embun Jed, jadi status ketulenan pil itu tidak mengubah apa-apa.

Jun Wu Xie memandang Mo Qian Yuan sambil berfikir. Kalau Bai Yun Xian tidak mahu mengesahkan ketulenan pil itu, dia tahu bagaimana untuk memaksa Bai Yun Xian melakukannya. Dengan adanya campur tangan dari Mo Qian Yuan, Jun Wu Xie hanya berdiam diri.

Tindakan Mo Qian Yuan melibatkan nama Kumpulan Qing Yun di dalam hal ini menyebabkan Bai Yun Xian terpaksa mengesahkan ketulenan pil itu. Di sebalik penampilannya yang tenang, hatinya penuh kebencian yang mendalam terhadap Jun Wu Xie dan Mo Qian Yuan kerana tiada siapa yang berani bercakap begitu dengannya.

Bai Yun Xian tersenyum dingin dan membuka botol ubat itu.

Sebaik penutup botol itu dibuka, satu haruman yang menyamankan menyelubungi ruang udara. Haruman ini sangat dikenalinya, sama seperti haruman Pil Embun Jed yang bertaburan di atas lantai.

Bai Yun Xian menjadi pucat, matanya terbeliak kerana terkejut.

"Mustahil..." Sebagai anak murid Kumpulan Qing Yun, Bai Yun Xian sudah berkali-kali membuat Pil Embun Jed dan haruman pil itu sudah tersemat dalam hatinya.

Haruman yang sama datang dari botol ini?

Wajah Bai Yun Xian yang sedang tercengang itu menyebabkan Mo Xuan Fei duduk tegak. Wajahnya juga menjadi gelap.

"Kamu sudah yakin?" tanya Jun Wu Xie, keningnya diangkat sedikit. Dia memegang cawannya kemudian menghirup teh secara perlahan-lahan dan tenang. 

"Saya belum selesai lagi," jawab Bai Yun Xian sambil mengetap giginya.

Butir-butir pil yang kelihatan seperti jed putih dituang keluar dari botol itu ke tangannya. Langsung tidak ada bezanya dengan pil-pil yang bertaburan di atas lantai. Bai Yun Xian membelek-belek pilitu berulang-kali dengan teliti, hatinya dicengkam kedinginan.

Ini memang Pil Embun Jed!

"Bagaimana ini boleh berlaku…" Bibir Bai Yun Xian bergetar. Dia tidak percayakan dirinya sendiri.

Mo Xuan Fei nampak perasaan tidak percaya di mata Bai Yun Xian dan dia menjadi patah semangat. Dia terus berdiri dan berkata, "Walaupun rupa dan bau pil ini ada persamaan dengan Pil Embun Jed, ini semuanya palsu. Jangan risau Yun Xian. Jun Wu Xie akan menerima hukuman setimpal di atas kebiadabannya terhadap kamu dan sikap tidak hormatnya terhadap Kumpulan Qing Yun.

Saya tak akan benarkan Bai Yun Xian mengakui ketulenan Pil Embun Jed itu!

Bai Yun Xian terpinga-pinga memandang Mo Xuan Fei, sebelum dia akhirnya faham.

Betul tu. Dia yang menentukan sama ada pil itu asli atau palsu. Kalau dia mengatakan pil itu palsu, pil itu tidak akan dianggap sebagai Pil Embun Jed yang tulen.

Bai Yun Xian menenangkan dirinya dan penampilannya menjadi dingin seperti biasa.

"Cik Jun, ini bukan Pil Embun Jed Kumpulan Qing Yun."

"Fahamlah saya sekarang, begini rupanya perangai anak murid Kumpulan Qing Yun." kata Jun Wu Xie sambil menjeling Bai Yun Xian yang sedang berusaha untuk kelihatan tenang.

Jelingan itu membuatkan Bai Yun Xian berasa gerun.

"Kalau ini bukan Pil Embun Jed, ini pil apa?" tanya Jun Wu Xie sambil menelengkan kepalanya dan merenung Bai Yun Xian.

"Ini cuma rempah biasa, tidak layak dipanggil ubat sekalipun." kata Bai Yun Xian dengan kekok.

"Oh?" tanya Jun Wu Xie sambil matanya bersinar.

"Cik Jun, saya rasa terhina kerana kamu cuba mengatakan pil palsu yang berkualiti rendah ini pil yang tulen." kata Bai Yun Xian Jun. Melihatkan Jun Wu Xie hanya diam sahaja, dia yakin situasi itu kini berada di bawah kawalannya.

Jun Wu Xie duduk dengan tenang sambil membelai kucing hitam kecil itu. Bai Yun Xian baru sahaja mahu meneruskan kata-katanya apabila Jun Wu Xie berbisik "Saya hantar sebotol kepada Baginda Maharaja."

Bai Yun Xian berdiri dengan mulutnya ternganga.

Apa dia kata!

"Ketika ini Tabib Diraja pasti sudah mengesahkan ketulenan pil itu dan menghantarnya kepada Baginda Maharaja." Jun Wu Xie mengangkat matanya, memandang wajah Bai Yun Xian yang pucat dan kaku itu.

Bai Yun Xian berdiri sambil bibirnya bergetar. Dia benar-benar terkejut.

Wajah Mo Xuan Fei menjadi gelap. Dia langsung tidak menyangka Jun Wu Xie membuat rancangan seperti ini!


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C92
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン