アプリをダウンロード
7.86% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 70: Cinta (2)

章 70: Cinta (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Kamu ni bisinglah." Jun Wu Xie mengerutkan keningnya.

"....." Wajah Mo Qian Yuan menjadi kaku.

Jun Wu Xie mendongak sewaktu menarik tangannya daripada pergelangan tangan Mo Qian Yuan dan mereka bertentang mata.

"Jumlah toksin yang terkumpul dalam badan kamu sangat banyak. Kamu telah diracun begitu lama. Saya boleh merawat badan kamu dan menyembuhkan kamu. Walau bagaimanapun saya tak dapat menentukan sumber racun ini. Untuk benar-benar membebaskan diri kamu daripada keadaan ini, kamu perlu cari dan singkirkan puncanya. Kalau tidak, kamu akan terjebak lagi dengan masalah yang sama."

Walaupun lelaki ini sedang nazak, kenapa dia masih banyak berfikir? Sudah hampir separuh hari lelaki ini bercakap tanpa henti.

"..." Mo Qian Yuan sekali lagi terdiam. Gadis ini menganggap semua yang dikatakannya tadi sebagai bunyi 'bising'.

Apa masalah Jun Wu Xie? Dia yang menyuruh Mo Qian Yuan merampas takhta tetapi dia langsung tidak berminat mahu mendengar rancangannya?

"Kamu….."

"Cara kamu nak selesaikannya, itu masalah kamu. Saya hanya seorang tabib." Dia memandang lelaki itu tanpa sebarang perasaan.

Mo Qian Yuan ketawa besar.

Cik Muda Istana Lin ini memang hebat. Berapa umurnya? Masih sangat muda tetapi begitu tenang, dan berpandangan jauh. Ya, betul apa yang Jun Wu Xie katakan. Cara menyelesaikan hal ini ialah masalah Mo Qian Yuan sendiri. Kalau dia berjaya, Istana Lin akan diraikan sebagai penyokong yang setia. Kalau dia gagal, hanya dia seorang akan menanggung akibatnya. Dia tidak ada hubungan dengan Istana Lin dan Jun Wu Xie.

"Jun Wu Xie, kamu benar-benar bijak. Kamu juga sangat kejam." Dia ketawa sinis.

Jun Wu Xie memandang lelaki itu, keningnya masih berkerut.

"Meow."

[Cik, dia sudah salah faham! Bodohnya…]

Hitam Kecil sudah lama bersama Wu Xie dan sangat memahaminya. Hitam Kecil faham yang tuannya itu tidak ada niat lain di sebalik kata-katanya. Dia bukannya sedang membuat rancangan seperti apa yang difikirkan oleh putera dungu itu. Maksud tuannya, hal-hal sebegini lebih baik diuruskan sendiri oleh Mo Qian Yuan yang lebih berpengalaman. Apa yang Jun Wu Xie boleh lakukan ialah mengembalikan kesihatan lelaki itu supaya dia dapat berjuang.

Putera Mahkota dibesarkan di dalam suasana kusut di Istana Diraja. Rancangan jahat begitu berleluasa dan kerap berlaku. Cara pemikiran Mo Qian Yuan sudah dilatih untuk bertahan dalam tempat yang berbahaya itu.

Secara mudahnya cara pemikiran kedua-dua orang ini sangat berbeza.

Salah faham yang kecil ini menyebabkan bermula sekarang sehingga satu tempoh masa yang lama di masa hadapan, Mo Qian Yuan terus menganggap Jun Wu Xie sangat pintar dan berbakat dalam membuat komplot.

Jun Wu Xie tidak mahu Mo Qian Yuan terus memikirkan yang bukan-bukan lalu dia berkata, "Berhenti merepek. Kalau kamu nak hidup, cari punca racun ini.

Mo Qian Yuan mengeluh kecil, "Sebenarnya, sewaktu tubuh badan Beta semakin lemah, Beta sudah mengagak Beta mungkin telah diracun. Selepas kamu bertanya semalam barulah perasaan syak Beta terbukti. Beta juga tidak tahu punca racun ini." Mo Qian Yuan tersenyum pahit. Kalaulah dia tahu punca racun itu, dia tidak akan biarkan dirinya berada dalam situasi genting ini.

Jun Wu Xie mengeluarkan sebuah botol porselin kecil dan menyerahkannya kepada Mo Qian Yuan. "Kamu telah diracun oleh bunga gandum malam. Minum ubat ini dan jika kamu bersentuhan dengan ekstrak bunga ini, kamu akan mengalami satu reaksi." Mencari punca racun ini mudah saja bagi Jun Wu Xie. namun, dia tak mahu lakukannya sendiri.

Sebab…

Reaksi yang dia sebutkan tadi memang sangat menjijikkan.

Dia langsung tidak mahu mengalami reaksi itu sendiri.

Jun Wu Xie meyakinkan Mo Qian Yuan untuk minum dan lelaki itu menghabiskan isi botol itu dalam beberapa teguk. Selepas itu, dia bingkas bangun untuk mula memeriksa seluruh bilik itu.

Mo Qian Yuan mencari di seluruh biliknya tetapi tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Dia menggeledah setiap ceruk sekali lagi.

Tidak apa apa-apa yang ditemui.

Putera Mahkota yang selalu kelihatan terhormat itu kini menghidu-hidu dan berlari-lari di seluruh kamarnya, dan kelihatan seperti seekor tikus. Ini membuatkan Jun Wu Xie kelu.

Patutkah dia beritahu putera itu yang ekstrak bunga beracun itu tidak dapat bertahan jika terdedah terlalu lama dan sebab itulah Mo Qian Yuan tidak akan menemui sebarang kesan walaupun dia cuba mencarinya?

Meihatkan Putera Mahkota itu sibuk menggeledah baju-bajunya dan meneliti setiap satu, Jun Wu Xie membuat keputusan untuk berdiam diri buat masa sekarang.

Bersenam juga boleh membantu proses penyingkiran racun.

Ah, ya, betullah tu.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C70
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン