アプリをダウンロード
0.56% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 5: Istana Lin (2)

章 5: Istana Lin (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

Lelaki itulah yang mencederakannya dan menolaknya jatuh ke dalam jurang yang amat dalam tersebut. Kalaulah bukan kerana pokok-pokok yang tumbuh di tebing itu yang menmperlahankan jatuhannya, dia sudah tidak akan dapat menikmati peluang kedua ini untuk hidup.

Ini bukan bunuh diri, ini pembunuhan.

Fikiran Jun Wu Xie segera memikirkan situasi tersebut. Sama ada lelaki bertopeng tersebut adalah diri Putera Kedua sendiri atau tidak, ianya bukan satu masalah. Perkara ini pastinya berkait dengan diri putera tersebut.

Jun Xian sudah banyak menyumbang kepada pengembangan sempadan kerajaan tersebut dengan pasukan elit miliknya – Tentera Rui Lin. Tiada sesiapa yang mahu mencari masalah dengan mereka melainkan orang tersebut memang mahu mati! Maharaja sekarang juga turut bersopan dengan Jun Xian.

Yang Agung masih lagi melayan Istana Lin dengan penjagaan yang baik tetapi keruntuhan keluarga Jun sangat jelas. Jun Xian mempunyai dua anak lelaki. Tetapi seorang telah mati manakala seorang lagi cacat. Ini meninggalkan Jun Wu Xie yang bangga diri tetapi tidak berguna. Masa depan keluarga Jun kelihatan suram.

Hari ini, ianya boleh dikatakan bahawa Istana Lin hanyalah sesuatu yang Nampak berkuasa walaupun ianya sebenarnya lemah. Kuasa utamanya iaitu Jun Xian sudah pun berusia lebih tujuh puluh tahun.

Lagipun, dia sendiri sudah melalui banyak perkara terutamanya semenjak perang besar yang mengorbankan anak sulungnya dan mencacatkan anak keduanya. Semua kesusahakan ini menyumbang kepada kesihatan Jun Xian yang semakin merosot ditambah lagi dengan penyakit yang muncul sesekali. Dengan umurnya sendiri, Jun Xian takut dia sudah tidak mempunyai begitu banyak masa lagi. Kebelakangan ini juga, keluarga diraja semakin biadap terhadap Istana Lin.

Kejadian yang berlaku kepada Jun Wu Xie juga boleh jadi dirancang oleh keluarga diraja yang menyimpan dendam terhadap Istana Lin.

[Ianya jelas bahawa putera kedua tidak lagi menghormati Istana Lin dan dia berani untuk bertindak begitu.]

Si kucing hitam itu menggumam. Pada awalnya, ia menganggap bahawa tuannya dilahirkan kembali dalam kediaman yang bagus. Ia langsung tidak menyangkan bahawa tuannya sekali lagi berada di dalam situasi di mana dia perlu bergelut untuk hidupnya sendiri.

Jun Wu Xie mengangkat keningnya sedikit.

Si kucing hitam kecil itu segera menggulungkan dirinya dan menutup kepalanya dengan sepasang tangannya yang berbulu.

Melihatkan cucunya yang masih diam mungkin kerana masih ketakutan, Jun Xian tidak sambung berleter. Dia melihata pada Wu Xie dengan penuh kasih sayang dan berkata, "Semuanya baik sahaja, janji kamu sudah pulang. Rehatlah secukupnya. Kalau kamu perlukan apa-apa, panggil abang kamu."

Abang?

Jun Wu Xie mengimbas semua ingatan tetapi dia tidak menjumpai sebarang 'abang'. Jun Xia hanya mempunyai dua orang anak lelaki. Anak sulungnya ialah ayah kepadanya manakala ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkan Jun Wu Xie. Dalam perang yang penuh takdir itu, dia kehilangan bapanya dan bapa saudaranya cedera teruk lalu menjadi cacat.

"Wu Yao, masuk ke sini dan jaga kakak kamu. Saya mahu keluar buat sementara." Panggil Jun Xian.

Pintu itu ditolak dan tubuh lelaki yang tinggi dapat dilihat.

Dia melihat 'abangnya' dengan penuh kekaguman.

Muka yang kacak dan canti seolah-olah hasil kerja Tuhan yang paling sempurna dan mata yang menarik itu gelap seperti malam yang kelam.

"Ya." Lelaki itu tersenyum.

Jun Xian mengangguk puas hati. Dia meleteri Wu Xie supaya berehat sebelum dia meninggalkan pasangan adik-beradik itu.

Di hujung bilik itu Jun Wu Xie berdiri manakala di hujung sebelah lagi Wu Yao yang memegunkan berdiri.

Sedetik kemudian, satu bayang-bayang hitam muncul di hadapan badan Wu Xie. Di hadapan gadis itu, si kucing hitam kecil itu melindunginya dengan garang. Sewaktu ia berdiri di tepi katil tersebut, bibir kecilnya terbuka sedikit menyerlahkan taring tajam apabila ia mendesis garang.

Jun Wu Yao melihat selamba pada binatang kecil yang mendesis itu sambil dia berjalan santai dan menarik sebuah kerusi lalu duduk. Dia menyilangkan tangannya. Akhirnya, pandangannya jatuh pada Jun Wu Xie.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C5
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン