Setelah melihat bagaimana Chu Xiang berasa takut-takut selepas mengaktifkan api bumi itu, Zhang Xuan berkerut. Dia segera bercakap untuk menyentak pihak yang satu lagi itu daripada lamunannya, "Baiklah! Bersedialah, kita akan bermula tak lama lagi!"
"Ya!" Chu Xiang menjawab.
Untuk dapat mencapai Santo 3-dan dan mencapai penguasaan seorang tukang senjata 7-bintang pada usia yang sebegitu muda, meskipun Chu Xiang mungkin kelihatan seperti keturunan penyangak pada luarannya, namun, dia memang tidak semudah seperti gayanya.
Selepas menarik nafas yang dalam, ia tidak mengambil masa yang lama baginya untuk menenangkan mindanya.
Ketika melihat betapa gugupnya Chu Xiang itu, Kawah Asas Emas ketawa terbahak-bahak dan menenangkan, "Wahai pemuda, bertenanglah. Bukannya saya mahu bercakap besar tetapi selagi mana kamu mengikut arahan tuan saya sepatah demi sepatah, Datuk Ding pasti tak akan apa-apa. Mungkin, saya akan dinaik taraf dengan satu peringkat penuh!"