Setelah membuat kontrak bersama Permaisuri Beribu Semut, sebuah hubungan mental telah dibuat di antara kedua-dua jiwa ini. Melalui hubungan ini, Zhang Xuan telah mendapatkan tahap kefahaman yang lebih mendalam terhadap Sarang Semut.
Mata Zhang Xuan mula menggerenyet tanpa henti semasa memasukkan dia cuba memasukkan dirinya ke dalam Sarang Semut untuk memerhati dengan lebih dekat.
Sarang yang bersaiz bola sepak itu sesungguhnya boleh memuatkan makhluk-makhluk tersebut, namun… diameter kawasan itu hanya sebesar lebih kurang dua meter sahaja. Paling pun, ia hanya boleh memuatkan badannya dan Permaisuri Semut itu pada masa yang sama dan tidak lebih dari itu.
Pada mulanya, Zhang Xuan telah terfikir untuk menyimpan Binatang Berkepak Ungu Agung juga dan membentuk sebuah kumpulan tentera besar yang akan mengikut dia ke mana sahaja dia pergi. Namun, nampaknya… harapan ini hanya akan tinggal harapan!