Ketua Pavillion Jiang telah masuk ke dewan dengan mengikuti Liu Ling dari belakang.
"Memberi penghormatan kepada cikgu!" Ketua Pavilion Jiang memberikan genggaman hormat. Sebelum sempat dia bercakap, dia telah terdengar cikgunya berkata, "Ada tak buku tentang Empyrean Kong shi dalam Pavilion Guru Sarjana?"
"Empyrean Kong shi?"
Ketua Pavilion Jiang terkejut. "Terdapat beberapa rekod tentang Kong shi dalam perpustakaan 2 bintang, tetapi tak banyak…"
"Bawa saya ke situ!" Selepas mendapat pengesahan tentang perkara tersebut, mata Zhang Xuan mula berkelip.
Walaupun Racun Janin Semula Jadi itu masih terkandung pada saat ini, dia tetap tidak selesa mengetahui ada bom masa dalam badannya.
Lebih baik dia menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
"Ya!" Ketua Pavilion Jiang mengangguk kepalanya.