アプリをダウンロード
5.33% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 66: Ini Tak Mungkin Benar!

章 66: Ini Tak Mungkin Benar!

編集者: EndlessFantasy Translation

"Hanya 10 markah?"

Bukan sahaja Cao Xiong berasa seakan ingin naik gila daripada keputusan tersebut, malah tetua Mo dan tetua Shang Chen sendiri tidak dapat menahan mengelip mata mereka untuk memastikan mereka tidak bermimpi.

[Untuk berdaftar Peperiksaan Kelayakan Guru dengan taraf kepercayaan begitu? Boleh saya tanya… dari mana kamu mendapat keyakinan tersebut?

Jika ingin mengambil seorang pelajar daripada perguruan seorang guru lain, kamu sepatutnya mempunyai kedudukan kukuh dalam hati seseorang pelajar tersebut. Jika tidak, kamu ini sekadar membuang masa semua orang. Asalnya, kita ingat tahap kepercayaannya terhadap kamu sekurang-kurangnya mencapai 20. Walaupun ia bukan markah tinggi, ia tetap masih boleh diterima. Namun… haram jadah, 10? Kamu ini sedang buat lawak bodoh ke!]

Muka tetua Shang Chen nampak marah. Dia terasa seakan malapetaka hanya sedang menunggu di sebalik tirai, bersedia untuk melandanya pada bila-bila sahaja.

Seorang tidak akan takut pihak lawan yang tidak terbanding, hanya ahli pasukan yang bebal. Jelas seorang ahli pasukan yang bebal telah muncul.

Dari tepi, muka Shang Bin berkerut dan gabus putih hampir dimuntah keluarnya.

[Sebelum datang ke sini, kamu dengan bangga mengisytiharkan Liu Yang dengan pastinya ingin pulang ke pangkuan kamu semula. Dengan kadar kepercayaan sebegini, balik ke pangkuan kamu? Kepala otak kamu!

Haram jadah! Kamu cuba memperbodohkan saya ke?]

"Jadi apa kalau tahap kepercayaannya cuma sepuluh? Liu Yang ini seorang yang skeptikal dan oleh itu tidak senang mempercayai orang dengan senang! Walaupun tahap kepercayaan terhadap saya hanya sepuluh, selagi kamu tidak mampu melepasi itu, saya tetap pemenang!"

Sebentar kemudian, Cao Xiong pulih daripada terkejutnya dan sekali lagi mula menjerit pada Zhang Xuan.

"Skeptikal?" Kalau dia betul-betul demikian, kejadian ini akan masuk akal!" tetua Mo mengangguk kepalanya.

Setiap manusia mempunyai ragamnya tersendiri. Ada dilahirkan dengan kemampuan untuk mempercayai orang dengan senang, manakala ada yang tidak. Tidak kira betapa dekat dan erat hubungan antara mereka, masih belum pasti akan percaya sepenuhnya.

Ini berkait rapat dengan persekitarannya. Jika dia dilahirkan, dibesarkan dan sentiasa di kelilingi penipu dan pendusta, tidak syak dia akan susah untuk mempercayai sesiapa pun.

Berasaskan pendapat awalnya, Liu Yang sepatutnya mempunyai tahap kepercayaan di sekeliling tujuh ke lapan belas terhadap Cao Xiong. Namun, didapati ia hanya sepuluh akhirnya. Jika ia benar orang ini mempunyai keperibadian seperti itu, semuanya ini akan masuk akal.

"Memang! Selagi tahap kepercayaannya terhadap kamu tidak mencecah 10 markah, kami masih tidak tahu siapa akan ketawa pada penghujungnya!"

Mata Shang Bin mula berkelip semula lalu dia mengangguk kepalanya. Sekali lagi dia bertekad untuk mempercayai Cao Xiong.

Cikgu Cao Xiong mungkin tidak terkenal di akademi, malah dia bukan seorang guru bintang pun. Namun, dia tetap mempunyai ramai ulasan baik. Jika dibandingnnya dengan Zhang Xuan, ia seakan berbanding keenakan pencuci mulut dengan tahi lembu, langsung tidak terbanding.

Jika Cao Xiong hanya mempunyai sepuluh markah, orang ini semestinya jauh teruk keputusannya!

Pada saat ini, semua orang masih terpukau melihat bola kristal.

Cahaya daripadanya belum lagi pudar, malah ia masih dibaluti oleh sesebuah sinaran malap.

"Kenapa keputusan tidak diumumkan lagi?"

Shen Bi Ru berkerut seditikit.

"Alam ilusi berbeza akan muncul semasa mengambil peperiksaaan dalam Kristal Pencerahan Niat, Oleh itu, tidak hairan ia mengambil masa berlainan untuk setiap orang!" Selepas mendengar keluhan daripada bidadarinya, Shang Bin melangkah ke hadapan dan berlagak seakan dia serba mengetahui segala-galanya lalu menjelaskan sebab kepada perkara tersebut.

Selaku cucu kepada ketua Biro Pengajaran, dia mengetahui lebih banyak tentang Ujian Pencerahan Niat berbanding dengan guru lain.

Biasanya, telatahnya ini akan dijemput dengan beberapa teriakan wanita yang telah lemas dalam keghairahan, lebih-lebih lagi kerana muka tampan dan aura menawannya. Namun, kali ini, kasihan kerana matanya hitam dan mukanya merah kerana lebam. Bibirnya seakan dua sosej german bercantum antara satu sama lain dan jika seseorang tidak mengenalinya, mereka mesti ingat dia ini si Bungkuk Notre Dame. Ia seakan tampan dan menawan jauh daripada sifatnya.

"Jika begitu, adakah keputusan akan lebih baik jika ia dihabiskan dengan cepat ataupun lambat?" Tanpa menghiraukan telatahnya, Shen Bi Ru sambung bertanya.

"Sudah tentu lebih cepat lebih baik! Jika ujian habis dengan cepat, ia menunjukkan pelajar ini percaya gurunya dari dalam hatinya sehingga dia tidak perlu berfikir pun tentang arahannya. Sebaliknya, jika ujian mengambil masa panjang, ia menunjukkan pelajar tidak mempercayai guru tersebut, mungkin juga markah negatif akan muncul…"

Dengan tangannya di belakang, dia tersenyum. Sambil menunjukkan muka penuh dengan keyakinan, dia berkata, "Cikgu Shen, percaya saya. Saya mungkin tidak pernah melalui Ujian pencerahan Niat, namun saya telah membaca pelbagai buku tentangnya. Untuk Liu Yang dipaksa oleh cikgu Zhang Xuan untuk memperakuinya sebagai gurunya, dia mesti menyimpan dendam terhadapnya. Tidak hairan jika dia mendapat negatif sepuluh atau teruk lagi…"

Sambil dia mengisytiharkan 'faktanya' dengan bangga, memberi sebab di belakang teorinya kepada Shen Bi Ru, dia berasa bajunya ditarik. Menganggu pemikirannya sebelum sempat dia dapat habis menjelaskan 'faktanya'.

"Apa kamu sedang buat?"

Shang Bin jelas berasa jengkel. Jarang dia mendapat peluang untuk berjasa terhadap bidadarinya. Namun, orang ini perlu menggunakan masa ini untuk menganggunya.

Selepas dia berpaling, dia perasan orang itu Cao Xiong.

Pada saat ini, mata guru Cao Xiong dipenuhi ketakutan dan badannya menggeletar tanpa kawalan. Keyakinannya yang tidak terhingga tadi telah hilang dengan sepenuhnya. Dia menuding ke hadapan dan berkata, "Tuan muda Shang, tengok…"

Melihat pada arah jarinya menuding, sinaran dari bola kristal mula hilang dan sebaris nombor mula terjelma pada permukaannya.

"Kenapa? Adakah mungkin markahnya bukan negatif..."

Tengah dia berkata, Shang Bin ternampak nombor yang terjelma pada permukaan bola kristal dan dengan segera, dia hampir mengigit lidahnya untuk membunuh diri.

"Bagaimana ini mungkin? Ini… Saya tidak percaya!" Shang Bin hampir naik gila.

Nombor tersebut jelas terpapar pada permukaan bola kristal—— 64!

Ini bermaksud tahap kepercayaan mereka telah mencapai 64 markah!

Orang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru telah mampu mendapat pelajarnya untuk mempercayainya sehingga tahap seorang Guru Sarjana, setaraf dengan kepercayaan antara anak dengan ibu bapanya… bagaimana mungkin ini terjadi?

Shang Bin melihat Cao Xiong. Pada saat ini, dia terfikir untuk membunuhnya, dia berasa seakan hatinya berasa sebak dan darah seakan mula terkumpul pada tekaknya.

Ia susah untuknya mendapat peluang berlagak pandai di depan bidadarinya. Dia telah dengan bangga mengisytiharkan markah seorang akan lebih teruk semakin lama masa berlalu, hanya untuk dimalukan dengan peristiwa ini… [Kamu ini sedang mempermainkan saya ke?

Tambahan pula… cikgu Cao, kamu ini boleh lebih berguna sikit tak?

Bukan kamu berkata pelajar ini susah mempercayai orang?

Kepala otak kamu susah percayai orang!

Bagaimana seorang yang sukar percayai orang mempunyai tahap kepercayaan sebanyak 64 markah terhadap orang lain?

Bukan kamu cakap kamu yakin menang?

10 markah berbanding 64 markah… Haram jadah, bagaimana kamu ingin menang dengan markah kasihan ini…

Air mata mula mengalir di tepi mukanya, Shang Bin berasa sakit pada pipinya. Ia berasa seakan mukanya ditampar bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh seorang. Pada saat ini, dia hanya ingin mencari sesebuah lubuk untuk bersembunyi di dalam.

"64?"

Berlainan daripada ketidakpercayaan kedua orang tersebut, tetua Mo berdiri dengan segera dan menggeletar.

Tahap kepercayaan antara mereka telah mencapai taraf Guru Sarjana. Untuk dia pun, ini kali pertama dia melihat keputusan sebegini!

Seorang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru mampu menjana kepercayaan yang sebegini daripada pelajarnya?

Bagaimana dia melakukannya?

Lebih-lebih lagi… Hanya dua hari berlalu semenjak bermula semester sekolah. Jika Zhang Xuan dan Liu Yang tinggal bersama sepanjang masa tersebut pun, mereka akan dapat meluangkan tiga puluh jam bersama. Dalam jangka masa pendek begitu, untuk meningkatkan kepercayaan seorang jauh melepasi 60... Seorang Guru Sarjana Lagenda 1- bintang pun akan mendapatinya susah untuk dicapai.

Terdapat beberapa tahap untuk Guru Sarjana. 1-bintang merupakan yang paling rendah mereka semua.

Walaupun demikian, hanya daripada pengaruh mereka pun sudah cukup untuk membuat orang di sekelilingnya naik gila.

"Para tetua, ini bermaksud saya menang kan?"

Tanpa menghiraukan langsung Shang Bin dan Cao Xiong, Zhang Xuan berpaling melihat Shang Chen dan Mo Xiang.

"Mustahil, mesti terdapat sesuatu bermasalah dengan kristal tersebut. Jika tidak, bagaimana dia dapat mempunyai kepercayaan sebegitu? Saya tidak akan menerima keputusan ini!

Cao Xiong berteriak.

Tidak hairan dia tidak mampu menerima keputusan tersebut. Ia seakan orang yang diingatinya pengemis didapati merupakan maharaja. Selaku seorang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, dia ingat keputusannya mesti negatif. Namun… bukan sahaja ia bukan negatif, malah ia keputusan yang teramat menakjubkan sekali. 64 itu jauh melepasi kebolehan semua guru dalam akademi tersebut. Semangatnya boleh dikira hebat kerana dia masih tidak naik gila daripada semua ini.

"Saya setuju dengan cikgu Cao. Bagaimana mungkin dia mampu meningkatkan kepercayaan terhadap pelajarnya sebegini? Jika benar, bukan ia bermaksud Lu Xun dan Wang Chao pun tidak dapat dibandingkan kepadanya…"

Shang Bin melangkah ke hadapan dan menyokong bantahan Cao Xiong.

Mendengar perkataan kedua-dua mereka, tetua Mo Yang ingin berkata sesuatu tiba-tiba ternampak Liu Yang, dia baru sahaja habis ujian tersebut, berjalan ke arah Zhang Xuan dengan mata penuh bersinar dan dipenuhi rasa hormat terhadap gurunya Zhang Xuan.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C66
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン