Puncak Matahari Terik, Tanah Suci Matahari Terbit.
Bum! Bum!
Berikutan satu dentuman sonik, keseluruhan Puncak Matahari Terik bergegar.
Kesemua pengikut Tanah Suci Matahari Terbit betul-betul menggeletar. Mereka mendongak memerhatikan gunung itu dengan wajah penuh hiba.
Mereka diselubungi perasaan yang sangat sedih tatkala seluruh Tanah Suci itu terjerumus ke dalam suasana kemarahan dan penyeksaan.
Sebuah kapal perang Tanah Suci Matahari Terbit yang menuju ke Laluan Syurga Naga Tersembunyi telah dimusnahkan!
Sebuah kapal perang dari Tanah Suci Cahaya Goyah tidak lama kemudian menemui kapal perang Tanah Suci Matahari Terbit yang telah hancur. Dengan segera mereka menghantar maklumat tersebut kembali ke Tanah Suci Matahari Terbit.
Keseluruhan kapal itu berlekuk-lekuk dan dihujani lopak-lopak darah. Badan kapal itu dipenuhi dengan kesan-kesan cakar teruk yang mencarik dan mengoyak badan kapal itu sehingga hancur.