Dengan pergerakan yang teliti dan terkawal, Bu Fang membelah huf besar Taotie yang terdapat di atas pinggan porselin itu dengan menggunakan Pisau Dapur Tulang Naganya yang tajam.
Selepas itu, Bu Fang menggigit daging Taotie dengan tenang dan dia tidak mempedulikan minyak yang terpercik keluar dari daging itu.
Tetapi kalau dibandingkan dengan huf besar orang-orang lain, Chu Changsheng merasakan dia telah diperlakukan dengan tidak adil.
Lagipun, dia telah bertapa selama bertahun-tahun dan keadaan fikirannya tidaklah teruk mana. Walaupun dia berasa sesal, tetapi dia mengangkat juga hufnya yang tinggal separuh itu.
Huf panas itu membebaskan aroma yang pekat. Walaupun huf itu telah dibelah, tetapi nilai estetiknya tidak terjejas. Kalau bercerita tentang perasaannya, Chu Changsheng masih belum mencuba huf itu lagi, jadi dia tidak boleh memberikan apa-apa komen.