Pagoda Daging Berharga — satu hidangan baru. Ini ialah ganjaran daripada sistem kerana Bu Fang berjaya mencapai penemuan ulung.
Sama seperti namanya, hidangan ini terdiri daripada ketuan daging yang disusun tinggi seperti pagoda.
Hidangan ini memerlukan kepakaran yang tinggi dalam Kemahiran Pisau. Agak lama juga Bu Fang berfikir setelah melihat menu itu.
Pagoda Daging Berharga ini dihasilkan dengan cara menyusun kepingan daging berbentuk kiub. Jarak di antara setiap kiub daging mestilah sama. Jika jarak itu terlalu kecil atau terlalu besar, keindahan dan tekstur hidangan ini mungkin terjejas.
Memandangkan hidangan ini disediakan oleh sistem, pemilihan bahannya juga dilaraskan oleh sistem. Sudah tentulah Bu Fang boleh memilih untuk menggunakan bahan yang lebih mewah tetapi dia tidak mahu terburu-buru. Sebagai latihan, dia memutuskan untuk menggunakan bahan yang disediakan oleh sistem.