Ada sebilah pisau dapur di dalam makam ini?
Bu Fang menghembuskan nafas lega. Memandangkan pisau dapur itu dikebumikan dengan mewah sekali, mungkin tuan empunya makam ini seorang cef?
Semakin lama Bu Fang memikirkan tentang perkara ini, semakin masuk akal bunyinya.
Pisau dapur itu berkilau-kilau, tetapi tenaga maut yang berpusar di atasnya kelihatan seperti rantai yang menghalang pisau dapur itu daripada memancarkan kilauannya. Oleh itu, Bu Fang mengelilingi pisau dapur itu dengan perlahan.
Suasana di dalam bilik itu sangat aneh. Udara di situ penuh dengan tenaga bilah yang cukup untuk memberikan rasa sakit yang mencucuk pada kulit seseorang.
Terdapat pelbagai jenis pisau di dalam bilik itu dan kebanyakannya mempunyai bilah yang kusam, kecuali pisau dapur merah itu. Kalau dibandingkan dengan pisau dapur merah ini, pisau-pisau lain kelihatan sangat hambar.