Di manakah dia patut berikan tempat tidur untuk wanita Alam Kubur itu?
Bu Fang termenung sambil duduk di atas kerusi dan melihat wanita Alam Kubur itu dengan gembira berebut Tulang Rusuk Masam Manis dengan Tuan Segala Anjing. Perkara kecil ini telah membuatkan dia sakit kepala.
Kedai ini hanya mempunyai dua bilik: salah satunya ialah biliknya dan satu lagi milik Yang Meiji.
Patutkan dia membiarkan wanita itu tinggal di bilik Yang Meiji? Sekiranya dia berbuat begitu, apa akan dilakukannya jika Yang Meiji tiba-tiba kembali? Walaupun dia jarang kembali ke kedai, mesti sangat janggal jika dia kembali suatu hari nanti dan mendapati ada orang dalam biliknya.
Atau patutkah dia membiarkan Cik Neraka tinggal bersamanya di dalam biliknya?
Selepas dia memikirkannya untuk seketika, Bu Fang memutuskan untuk tidak berbuat demikian.