"Yu Fu mungkin tak dapat belajar seni masak-memasak dengan kamu lagi..."
Ah Ni memberitahu Bu Fang dengan takut dan dia memberi perhatian yang teliti kepada raut wajah Bu Fang. Dia takut kalau Bu Fang naik berang nanti, anjing di sebelah Bu Fang itu akan menamparnya sehingga mati.
Walau bagaimanapun, dia tidak perlu bimbang kerana Si Hitam tidak peduli langsung dengannya. Seorang lelaki ular yang kecil sepertinya tidak layak ditampar oleh Tuan Segala Anjing itu.
Sebaliknya, apabila Bu Fang mendengar kata-kata Ah Ni, dia tidak naik berang. Dia hanya mengerutkan keningnya sedikit dan dia berasa hairan.
"Apa maksud kamu? Apa yang telah berlaku kepada Yu Fu?" Bu Fang bertanya sambil diselubungi kebingungan.