アプリをダウンロード
2.3% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 22: Ikan Perap Bijian Wain Beras yang Sangat Aromatik

章 22: Ikan Perap Bijian Wain Beras yang Sangat Aromatik

編集者: EndlessFantasy Translation

Apabila Ouyang Xiaoyi nampak Xiao Yanyu, dia segera berpaling dan berlari ke biliknya. Dia mahu melarikan diri ketika dia menyedari keadaan itu tidak baik untuknya.

Namun, lawannya adalah Xiao Yanyu, seorang wanita yang hebat di dalam bandar diraja ini dan digelar gadis berbakat yang mempunyai tahap Pertempuran Semangat Kelas Keempat. Xiao Yanyu hanya melangkah setapak dan muncul di sebelah loli kecil, seperti dia baru sahaja teleport, dan terus menarik baju Ouyang Xiaoyi.

"Ah! Kakak kakak Yanyu, kebetulan jumpa kamu di sini!." Mata Ouyang Xiaoyi berkelip-kelip. Apabila dia menyedari dia tidak dapat melepaskan diri, dia melihat muka dingin Xiao Yanyu dengan muka tidak bersalah.

Xiao Yanyu mengetuk kepala loli kecil itu dan berkata, "Budak tak guna, kamu ingat kamu sudah dewasa! Dari mana kamu belajar larikan diri dari rumah! Tahu tak betapa cemas datuk kamu?"

Xiao Xiaolong dan Ji Chengxue mendekati mereka dengan senyuman di wajah mereka. Xiao Xiaolong juga mengenyit matanya pada Ouyang Xiaoyi. "Heh, seluruh bandar diraja hampir huru-hara oleh Jeneral Tua kerana budak ini, tetapi budak ini pula menyembunyikan diri di sini untuk menikmati makanan enak. Saya tertanya-tanya adakah Jeneral Tua Ouyang akan muntah darah jika dia tahu tentang hal ini ? "

"Xiaoyi, jadi budak baik. Jeneral Tua hanya berfikir kebaikan untuk kamu, kamu mesti balik rumah. Tidak elok untuk kesihatan orang tua jika marah-marah." Ji Chengxue, yang berpakaian jubah putih seperti salji, memandang loli kecil dengan lembut.

Ouyang Xiaoyi menggaru kepalanya berkata, "Saya tidak akan balik rumah. Datuk setiap hari paksa saya berlatih seni mempertahankan diri, tetapi tubuh kecil saya mana sesuai untuk berlatih seni macam ini. Lagi pun, saya begitu comel, sayang jika saya berlatih seni mempertahankan diri. "

Xiao Yanyu geli hati mendengar apa yang dikata oleh Ouyang Xiaoyi; hubungan mereka amat baik sejak kecil, jadi dia sudah biasa dengan perangai loli kecil ini.

"Empayar Bayu ialah negara yang mementingkan seni mempertahankan diri. Datuk kamu, Jeneral Tua Ouyang, berasal dari latar belakang tentera dan berkhidmat kepada Raja untuk berperang. Sudah tentu dia memandang tinggi seni mempertahankan diri dan menginginkan keturunannya mewarisi seni ini. Kamu tahu betapa ramai orang dari seluruh empayar ini begitu ingin menuntut dengan datuk kamu? Kamu satu-satunya manusia yang tidak faham betapa bertuahnya kamu. "

Ouyang Xiaoyi masih berasa bingung dalam hatinya. Dia mendiamkan diri dan berpaling ke arah lain dengan muka marah.

Apabila mereka melihat dia berkelakuan seperti ini, Ji Chengxue dan Xiao Xiaolong terus ketawa. Mereka bimbang apabila mereka mendengar dia telah melarikan diri dari rumah tetapi sekarang mereka akhirnya boleh menghelas nafas lega kerana dia telah selamat.

Putera ketiga, Ji Chengxue, mengetuk kepala Ouyang Xiaoyi dan berkata dengan sirius, "Xiaoyi, kamu harus balik rumah. Ada banyak pakar dari pelbagai sekta seni pertahanan diri berkeliaran di bandar diraja kebelakangan ini, sekarang bukan masa untuk kamu memberontak. Sekiranya kamu diculik oleh salah seorang daripada mereka, ia akan menjadi kelemahan besar bagi datuk kamu. "

Ouyang Xiaoyi sedikit takut dengan Ji Chengxue yang kelihatan elegan, jadi dia mengelip mata dan mengangguk kepala dengan senyap.

Ketika ini, Bu Fang telah selesai memasak Nasi Goreng Telur. Setelah diletak di tingkap, suaranya yang dingin kedengaran, "Budak, Nasi Goreng Telur kamu sudah siap."

"Ah, saya datang sekarang!" Sebaik sahaja mendengar Nasi Goreng Telurnya sudah siap, emosi Ouyang Xiaoyi bertukar serta-merta. Dia melompat dengan gembira dan berlari pantas ke tingkap itu.

Meletakkan mangkuk beraroma seperti sutera dari Nasi Goreng Telur itu di atas meja, Ouyang Xiaoyi yang kelaparan terus mengabaikan semua perkara lain dan mula makan dengan rakus.

"Budak ini... Saya tidak sangka dia jumpa tempat ini." Ekspresi lembut muncul di wajah Xiao Xiaolong ketika melihat Ouyang Xiaoyi makan dengan gelojoh.

"Tauke Bu, berikan saya semangkuk Nasi Goreng Telur tahap tinggi." Putera ketiga itu menjerit ke dapur dengan sopan.

"Cari budak itu jika kamu ingin pesan," jawab Bu Fang tanpa meninggalkan dapur.

Ji Chengxue, Xiao Xiaolong dan Xiao Yanyu semuanya terkejut.

Loli kecil, yang sibuk makan, juga terkejut. Dia mengangkat kepalanya, terdapat beberapa biji nasi terlekat pada mukanya, dan dengan comel dia mengumumkan, "Saya pelayan di sini buat masa sekarang. Jika kamu ingin memesan apa-apa, sila beritahu saya."

"Kamu? Pelayan?" Mata Xiao Xiaolong menjadi besar dan melihat Ouyang Xiaoyi dengan pelik. "Tauke Bu memang hebat! Dia berani mengupah budak ini sebagai pelayan, dia tidak takut dengan tiga orang kasar dari keluarga Ouyang?"

Xiao Yanyu mengerutkan kening dan berkata, "Xiaoyi, tidak mudah bagi Tauke Bu untuk berniaga. Jangan timbulkan masalah kepada orang lain."

Ji Chengxue dengan serius mengangguk kepala.

Ouyang Xiaoyi tanpa ekspresi melihat ketiga-tiga orang ini, dia ingin sangat untuk memancutkan nasi di mulutnya ke muka mereka. Apa yang maksud mereka menimbulkan masalah kepada orang lain? Adakah Ouyang Xiaoyi begitu ... menakutkan?!

Sudah jelas ini kesalahan Tauke Busuk yang mengugut dia untuk membayar hutang dengan tubuhnya untuk berkerja.

Setelah menelan Nasi Goreng Telur di dalam mulutnya, Ouyang Xiaoyi mendengus dan berkata, "Cepat beritahu saya jika kamu ingin membuat pesanan, saya tiada masa untuk dibazirkan."

Pada ketika ini, ketiga-tiga mereka akhirnya mengakui fakta Tauke Bu telah benar-benar mengupah Ouyang Xiaoyi untuk menjadi pelayan. Mereka juga kagum dengan keberanian Bu Fang. Semua orang tahu puteri dari keluarga Ouyang ialah pengacau nombor satu di bandar diraja dan menimbulkan masalah adalah salah satu tabiatnya.

"Eh, ada hidangan baru?" seru Xiao Xiaolong dengan gembira bersama mata yang bertukar besar, ketika melihat hidangan baru muncul di atas menu.

Perhatian Xiao Yanyu dan Ji Chengxue juga tertarik. Bukan perkara kecil jika Tauke Bu menghasilkan hidangan baru.

"Ikan Perap Bijian Wain Beras dan Sup Tauhu Kepala Ikan?" Xiao Xiaolong membaca dengan kuat. Kemudian matanya mengecil dan tepi mulutnya herot. "Ikan Kerap Bijian Wain Beras dan Sup Tauhu Kepala Ikan, berharga dua puluh kristal setiap hidangan... masakan Tauke Bu memang mahal seperti biasa."

"Sup Tauhu Kepala Ikan memang lazat! Saya telah cuba malam tadi! Rasanya ialah yang terbaik! Itulah sup terbaik pernah saya minum! Ini lebih baik dari Sup Ikan Kaca Berwarna Tujuh Bintang yang dimasak oleh pak cik gemuk!" Ouyang Xiaoyi berkata dengan matanya menyala.

Xiao Yanyu terkejut. Pak cik Gemuk yang disebut Ouyang Xiaoyi bukan orang lain tetapi ialah cef utama dari istana diraja. Benarkah sup ikan ini boleh bersaing dengan hidangan paling handal daripada pak cik gemuk?

"Saya memang menantikannya. Memandangkan Xiaoyi berkata demikian, saya akan cuba... Berikan saya Ikan Perap Bijian Wain Beras." Ji Chengxue tersenyum dengan mata dikecilkan.

Ouyang Xiaoyi tanpa ekspresi memandangnya. Apa yang berlaku kepada kepercayaan antara manusia?

"Kalau macam itu saya akan pesan Sup Tauhu Kepala Ikan," kata Xiao Yanyu dengan lembut. Suaranya masih merdu seperti burung menyanyi.

"Saya ... Saya masih mahu Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi." Xiao Xiaolong berasa sakit hati... Dia tidak sangka Bu Fang akan mengeluarkan hidangan baru, jadi dia tidak membawa kristal lebih dan kedai itu tidak membenarkan pelanggan berhutang.

"Baiklah, tunggu sekejap." Loli kecil dengan serius menghafal pesanan mereka dan menuju ke tingkap dapur untuk melapor kepada Bu Fang.

"Baiklah, saya tahu." Bu Fang tanpa ekspresi mengangguk, kemudian berpaling untuk menyediakan bahan-bahan makanan.

"Ada orang pesan Ikan Kerap Bijian Wain Beras?" Bu Fang juga tidak sabar melihatnya.

Dia berjalan menuju tempat simpanan botol wain dan membuka penutup kain botol. Wangian kaya dengan segera bergegas keluar dan wajahnya merah akibat bau yang kuat itu.

Mengambil Ikan Laut Kelas Ketiga, dia melihat daging berwarna pucat telah bertukar menjadi merah jambu hasil dari proses perapan. Seluruh badan ikan itu sudah diliputi dengan bijian wain beras yang kaya dan tebal.

Bu Fang menyapu bijian pembru wain beras dari badan ikan itu dan hanya tinggalkan sedikit di dalam perut ikan, kemudian meletakkannya di atas papan pemotong dan membuat beberapa potongkan cetek di atas permukaan ikan dengan pisau dapur; tujuannya untuk memaksimum rasa daging ikan semasa proses perapan ikan.

Dengan penuh teliti dia meletak Ikan Laut Ais di atas pinggan, kemudian meletaknya di dalam pengukir buluh dan mula mengukus.

Seluruh proses ini memerlukan lebih kurang sepuluh minit, jadi Bu Fang pun mula memasak Sup Tauhu Kepala Ikan. Hidangan ini dia telah memasak beberapa kali, oleh itu dia sudah biasa dengan cara masakan dan pergerakannya kelihatan cekap dan cantik.

Sementara Sup Tauhu Kepala Ikan sedang dimasak, Bu Fang mula memasak Nasi Goreng Telur. Jumlah masa yang diambil untuk hidangan ini agak pendek, jadi dia dapat menyiapkannya dengan cepat.

Ouyang Xiaoyi sekali lagi menggunakan gaya uniknya untuk menghidang hidangan kepada pelanggan manakala sudut mulut Bu Fang hanya melebar. Pada ketika itu, haruman yang kaya telah hanyut dari pengukir buluh. Harumannya ialah bau ikan yang dicampur dengan aroma wain, sungguh memabukkan.

Apabila Ji Chengxue tercium wangian itu, matanya bersinar serta-merta. Sebagai seorang seniman pertahankan diri, dia seorang pencinta wain. Dari aroma sangat kuat dari wain itu, dia tahu ia pasti wain yang baik. Dia mula menelan air liur dan rasa tidak sabar untuk merasa hidangan ini.

Sebaik sahaja sepuluh minit berakhir, Bu Fang mengangkat penutup pengukir buluh itu. Stim naik dari dalam dan bergegas keluar dari pengukus; ia kelihatan menyegarkan dan rasa sedikit manis. Air yang digunakan dalam pengukus kaya dengan tenaga kehidupan kerana ia diperolehi dari air tasik naga, yang dikatakan penyinggahan untuk Naga Kelas Ketujuh, di dalam Air Mata Gunung Naga

Bu Fang mengangkat hidangan Ikan Kerap Bijian Wain Beras dan meletaknya di atas meja.

Selepas proses perapan dan kukusan, kulit Ikan Laut Ais yang berwarna biru telah berubah menjadi jambu merah; kulitnya yang jernih seperti jed dan seperti bersinar. Biji-bijian pembru wain beras mengalir dari potongan pada perutnya, dan sup dari proses kukusan bertukar pekat. Daging ikan yang dipotong dibelah terbuka semasa proses kukusan, mendedahkan minyak berkilauan yang mengalir keluar.

Bu Fang sendiri menelan air liurnya sambil mukanya kelihatan sedikit merah dari aroma wain yang kaya.

Bu Fang tidak membenarkan Ouyang Xiaoyi menghidangkan hidangan itu. Memandangkan ia hidangan baru, dia mahu melakukannya sendiri.

Semasa dia keluar dari dapur, aroma wain kaya juga telah keluar dari mulut Ikan Kerap Bijian Wain Beras dan menyelubungi keseluruhan kedai.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C22
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン