Dungeon, ciptaannya bermula pada awal kurun pertama, adakalanya sebuah penjara, adakalanya juga sebuah tempat penyimpanan harta dan semuanya berada di bawah tanah, dicipta daripada pelbagai jenis sihir dan skill, ada yang bertingkat, bercabang atau bahkan luas merata, atau mungkin juga ia bukan suatu yang dijangka.
Dia merupakan watak utama dalam hidupnya yang lalu, disebabkan itu nyawanya berakhir tanpa mengenali dunia yang ingin dijelajah. Dia diberi peluang untuk hidup kembali, dia meminta untuk dilahirkan di dunia yang berbeza dan tidak mahu bersinar seperti sebelum ,apabila terlahir semula beberapa perasaan miliknya tidak bersama dengannya.
bagaimanakah kehidupan yang akan dilaluinya tanpa perasaan-perasaan di dunia baru itu
(rekaan semata-mata)
Cerita ini berpusat pada seorang yang bernama Syami, 21, dia merupakan lelaki biasa dan normal tetapi ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada dirinya dengan duit.
Pada setiap akhir bulan ketika hendak membayar bil api dan air di bank,
"1333... kaunter 3",.....
"no aku!! ",Syami bangun dari tempat duduk dan menuju ke kaunter 3.
"ya boleh saya bantu? " kata penjaga kaunter
"saya nak bayar bil",Syami menjawab sambil memberi resit bil tanpa duit kepada penjaga kaunter.
"sekejap ya saya chek", penjaga kaunter mengambil resit sambil mengangukkan kepala dan melihat komputernya,
"..........(kenapa lama sangat ni)", Syami menunggu dengan penuh sabar. Tidak lama kemudian penjaga kaunter pun memberi respon,
"bil bulan ni cik sudah bayar minggu lepas melalui atas talian"
"ha.??(bila pulak aku bayar ni) "Syami terkejut.
Ini bukanlah kali pertama dia melalui situasi tersebut tetapi dia masih terkejut dan sebenarnya dia sudah tahu pun yang perkara itu akan terjadi. Begitulah dirinya apabila hendak menggunakan duit, duit itu sendiri yang datang padanya tidak kurang dan tidak lebih. Walaupun dirinya dicintai dengan duit tetapi dia tidak mempunyai satu sen pun pada dirinya sama ada di dalam poket seluar, dompet, tabung apatah lagi di dalam bank tiada satu angka pun walaupun 0.
yang *nak baca
feelingless
Fantasy · NAFaS