"she is sweet, bitter and psycho"
.
.
.
.
anak mata biru miliknya memandang tajam mata hitam didepan. mata yang jiwanya sangat sangat lemah. fragile. mudah dihancurkan.
bibir si aphrodite tertarik senyum senget.
"kenapa kau fikir aku akan lepaskan kau? sedangkan, aku tak pernah biarkan....peluru pistol ni terlepas sedikit dari jantung manusia."
pistol ditangan kanan aku terletak tepat di dada dia. sementara tangan kiri aku ditongkat pada dinding di depan.
"because i know who you are."
suara dia berbunyi agak perlahan.
"you didn't darling."
pistol ditekan lagi kuat.
"i give you five second to get out off my face or else...."
muka aku dekatkan pada muka dia. tanpa senyuman. dan anak mataku semakin mencerun tajam.
".....you will die."
To: mr crush
*cerita ni untuk awak.
*bahagia ni untuk awak.
*cinta ni untuk awak.
so...date me please?
Untuk kali ke seratus....aku hantuk lagi kepala ke dinding.
"sah hanna! kau memang gila!"
ni kot...yang manusia kata cinta ini buta.
actually...cinta tak buta. manusia yang buta.
tengok lah aku ni ....
"takkan lah aku nak bagi dia baca ayat macam ni!!"
Aku hantuk lagi kepala ke dinding sebelum..
bang!!
kertas tadi aku campak ke dalam tong sampah besi.
Mati lah kau wahai surat!
******
Tapi...ni bukan cerita aku mengurat encik crush..
dan lagi bukan...cerita crush mengurat aku balik.
sebaliknya...ni kisah aku dan dia...
yang tak mungkin bersatu kerana satu perkara.
takdir.
jadi...mampu ke takdir mencari cinta yang inginkan?
atau cinta yang kami inginkan langsung tak patut wujud?
kisah ini tetap terjadi walaupun tanpa "bibbidi bobbidi boo" oleh sang fairy god mother.
takkan habis walaupun pena diletak jauh dari coretan al kisah cinta.
kerana ini kisah si cinder yang kejam jatuh cinta kepada sang putera raja.
barangkali dongenan yang dicerita hanyalah indah yang menutup durja cinta mereka....
satu mitos terbuka..
mengenai ratu yang hancur kerana cinta dan putih yang hidup kerana benci.
kerana durja...seluruh merah dibiar mati..seluruh putih disumpah berabad lamanya.
dan mitos dilerai dengan al kisah seorang duke sedingin salju dan merah selembut bayu.
adapun sakti melindungi mereka walaupun akhirnya al kisah itu berakhir dengan satu dentingan magis jarum jam sakti...
dan tika jarum jam berdenting sakti...
hikayat mereka bermula...
Dunia melabuhkan tirai.
Mimpi membuka gerbang raksasanya.
dan tika malam berhiaskan kerlipan bintang kejoranya..
sang serigala berlari dan menangkap si merah cinta.
dua dunia yang dipisahkan nyata dan mimpi...barangkali mampu bersayapkan dongenan puteri dan racun putera yang disumpah mati?