Unduh Aplikasi
1.57% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 20: Tidak Berharga

Bab 20: Tidak Berharga

Editor: EndlessFantasy Translation

Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Ning Zhiyuan, dia nampaknya sudah tahu siapa Qin Chu.

Sebenarnya, ianya tidak sukar untuk diselidik. Nama Qin Chu muncul agak kerap dalam akhbar kewangan dan rancangan televisyen semenjak kebelakangan ini.

"Zhiyuan, saya bercakap dengan dia hari ini dan saya tidak akan jumpa dia lagi." Huo Mian menerangkan dengan sabar. "Saya cuma mahu bersama kamu. Jangan marah lagi, okey?"

"Macam lah saya akan percaya cakap karut kamu! Kamu fikir saya akan mengahwini kamu? Saya mesti sudah gila kalau begitu! Jadi, saya hanya akan tunggu kamu menjalinkan hubungan sulit selepas berkahwin?" Dengan itu, Ning Zhiyuan mengangkat beg kulitnya dengan kelat dan menuju ke arah pintu.

Huo Mian menghulurkan tangan untuk memberhentikannya. "Zhiyuan, adakah kamu sudah bertenang? Kamu benar-benar memaksudkan apa yang kamu katakan tadi?" dia bertanya.

"Jangan halang saya! Saya tidak mahu bercakap dengan kamu. Kalau kamu tanya saya, saya rasa lebih baik bagi kamu untuk berhenti kerja. Lagipun, tidak elok kita berdua berkerja di hospital yang sama. Saya seorang doktor, jadi saya tidak akan berhenti. Kamu hanya seorang jururawat tanpa masa depan, jadi apa kata kalau kamu pergi cari bekas teman lelaki kamu dan hidup kaya raya?"

Dengan itu, Ning Zhiyuan menyentap tangan Huo Mian dengan marah, menolak pintu dan meninggalkan rumah itu.

Sewaktu dia memandang Ning Zhiyuan melangkah pergi, Huo Mian terkejut yang dia langsung tidak berasa sedih.

Ianya seolah-olah dia akhirnya boleh melepaskan nafas yang tertahan lama. Tetapi…bagaimana ini boleh terjadi?

Dia terkaku apabila dia tersedar akan kenyataan itu…

Seketika kemudian, dia membawa keluar telefon bimbitnya dan menghantar pesanan WeChat kepada Zhu Lingling.

"Lingling, apa yang kamu sedang lakukan sekarang?"

"Saya baru sahaja turun dari kapal terbang dan sedang makan mee segera sekarang."

"Jom keluar minum. Saya dan teman lelaki saya baru sahaja berpisah. Saya patut berasa sedih kan?"

"Ahem…kamu berdua berpisah? Apa yang berlaku? Qin Chu ke luar negara lagi?"

"Hei kawan, tolonglah.Teman lelaki saya sekarang ialah Ning Zhiyuan."

"Oh, lelaki itu. Kamu patut tinggalkan dia lama dahulu. Dia tidak cukup bagus bagi kamu."

"Baiklah, berhenti mengarut. Kamu mahu datang atau tidak?"

"Sudah tentulah! Kamu pilih tempat, dan saya akan ke sana."

Kawan baik Huo Mian, Zhu Lingling memang berpegang pada kata-katanya. Dua puluh minit kemudian, dia tiba di Bar Malam Kelam.

Sebagai seorang pramugari, rupanya memang tidak boleh dipertikai. Gaun hitam ketat yang dipakainya membuatkan dia lebih menawan.

Huo Mian pula langsung tidak kelihatan seperti seseorang yang menikmati aktiviti malam. Malah, dia kelihatan seperti seorang pelayan.

"Tolonglah, kita keluar untuk bersuka ria. Tidak boleh kah kamu berpakaian cantik sedikit? Jangan lah kelihatan seperti pembantu rumah tua."

Huo Mian tersenyum. "Saya memang tidak ada begitu banyak pakaian."

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, separuh gajinya digunakan untuk menampung pengajian adiknya dan separuh lagi disimpan untuk membeli rumah bersama Ning Zhiyuan. Dia tidak menggunakan banyak duit untuk dirinya sendiri.

Memang benar dia tidak mempunyai banyak pakaian cantik. Gaun yang dipakainya untuk pertemuan semula sekolah tinggi pun sebenarnya milik Zhu Lingling. Zhu Lingling membeli gaun itu beberapa ketika yang lalu tetapi kemudian membuat keputusan untuk tidak memakainya. Jadi, dia memberikan gaun itu kepada Huo Mian.

Untuk seorang wanita cantik yang baru berusia 24 tahun, Huo Mian memang tidak menikmati benda-benda elok di dalam hidupnya.

"Mian, meninggalkan Ning Zhiyuan bukanlah masalah besar. Dia tidak tahu apa yang dia rugi. Kamu tahu kan orang cakap, ada orang memang tidak pandai melihat benda yang elok apabila mereka melihatnya. Dia buta dan sebab itu dia tinggalkan kamu."

"Jangan cakap begitu. Saya bukanlah sesempurna yang kamu fikirkan." Huo Mian berkata perlahan sambil mengangkat gelas koktelnya.

"Siapa cakap? Apa yang saya lihat, kamu sangat unik. Kamu seorang genius dengan IQ 130--------"

"Okey, berhenti." Huo Mian segera menyampuk sebelum Zhu Lingling sempat menghabiskan kata-katanya. "Saya bersumpah kamu memang akan ungkit perkara itu sepanjang hidup kita."

Namun, apa yang dikatakan Zhu Lingling adalah tidak salah. Huo Mian berusia 24 tahun manakala kawan-kawan sekelasnya berusia 27 atau 28 tahun. Ini kerana dia telah melompat tiga tahun pengajian.

Lagipun, dia dimasukkan ke Sekolah Tinggi Kedua Bandar C, sebuah sekolah yang eksklusif untuk pelajar elit dengan gred 697.

Peperiksaan tersebut mempunyai markah penuh sebanyak 700. Pada waktu itu, ianya agak hebat dan Huo Mian dipaparkan di akhbar.

Bapa tirinya masih hidup ketika itu. malam itu, mereka sekeluarga meraikan kejayaan tersebut di hotel lima bintang untuk menikmati bufet mewah.

Sekarang, semuanya sudah berubah…

Jika dia tidak berpasangan dengan Qin Chu, dia tidak akan sengsara dengan kemarahan Keluarga Qin dan bapa tirinya tidak akan terbunuh.

Masa depannya akan cerah juga. Semasa tahun kedua persekolahan, dia menerima tawaran daripada sekolah terbaik di Amerika dengan biasiswa penuh.

Namun, dia menolak beberapa peluang kerana mahu bersama dengan Qin Chu. Malangnya, apa yang diterima sebagai balasan adalah kematian dalam keluarganya dan keluarga yang retak.

Tepat pada saat itu, dia terdengar satu suara yang mengganggu fikirannya.

"Hai Huo Mian. Lama tidak berjumpa."

Dia memusingkan kepalanya dan terkejut apabila terpandang wajah lelaki itu.

"Kenapa kamu di sini?" Sikap Huo Mian berubah menjadi antagonis.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C20
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk