"Um… Tuan, Pengurus Besar Jiang juga ada cakap yang dia nak dirawat di sini, di Bandar C… Lagipun, dia tak ada keluarga dan tak ada sesiapa yang boleh dipercayai di Bandar T. Jadi, dia nak mohon untuk penempatan semula," kata Yang dengan berhati-hati sambil melihat riak muka presiden.
Yang tahu rancangan sebenar Jiang Linyue - memohon penempatan semula, kembali untuk berehat dan kemudian, terus berada di ibu pejabat sebaik sahaja dia pulih.
Berbuat demikian akan bercanggah dengan arahan Puan Muda untuk memindahkan dia. Maka, Yang tidak pasti sama ada presiden akan bersetuju atau tidak. Namun, Jiang Linyue cedera dan kebanyakan lelaki akan bersimpati dengan wanita yang cedera. Yang perlu mengakui yang ia merupakan tindakan bijak, meminta kembali semula ke ibu pejabat pada saat-saat begini.