"Cakaplah sesuatu, Su Yu…" Wei Liao juga cemas.
"Saya tak boleh."
"Jadi, kamu tak boleh buktikan kamu tak bersalah. Bukan saja kamu tuan rumah, tapi ada saksi yang cakap kamu ada dekat di tempat kejadian. Tambahan lagi, mangsa jatuh dari bilik tidur kamu dan hanya kamu yang tak kelihatan dalam rakaman pengawasan masa waktu kejadian. Tuan Muda Su, kami ada alasan kukuh untuk percaya yang kamu terlibat dengan pembunuhan ni. Kami perlukan kerjasama kamu. Tolong ikut kami ke balai."
Gao Ran seorang yang adil. Walaupun pada biasanya dia berlidah tajam ketika bergurau senda, dia akan menjadi sangat serius apabila melakukan siasatan jenayah.
Dia tidak akan berlembut dengan Su Yu hanya kerana lelaki itu terkenal.
Urusan kerja tetap urusan kerja...
Su Yu mengangguk. "Baiklah, saya ikut kamu. Tolong siasat apa yang sebenarnya berlaku."
Melihat Su Yu berlalu pergi dengan pihak polis, ekspresi semua orang menjadi sugul.