"Nampaknya macam tulah. Saya nampak Puan Muda agak bersemangat, dia ambil semula semua barisan kedai hadapan."
Yang membuat kira-kira di dalam kepalanya. Jika GK meletakkan harga sewa sebanyak 5 juta yuan untuk setiap barisan kedai hadapan kerana kedai hadapan terletak di jalan utama, maka 13 kedai hadapan akan menghasilkan 65 juta yuan setiap tahun.
"Okey, tolong dia dengan apa saja yang dia nak buat."
Qin Chu tidak banyak bertanya kerana dia tahu Huo Mian pasti mempunyai sebab tersendiri di sebalik apa sahaja yang dia lakukan…
Kemudian, insiden ini tersebar perlahan-lahan dalam kelompok mereka…
- Malam itu -
Tang Chuan dan Wei Liao ke rumah Su Yu untuk minum dan mereka sengaja mengungkit tentang apa yang berlaku.
"Saya dengar Huo Mian mengamuk hari ni."
"Mhm, mereka cakap dia tarik balik tiga belas kedai hadapan dan dia cakap dia nak buka kafe yang paling besar dalam bandar."