"Tunggu, biar saya bacakan untuk kamu, haha."
"Dia tulis…'Hari ni, saya memilih seseorang untuk habiskan hayat saya bersama. Saya mahu berterima kasih untuk semua yang datang ke majlis perkahwinan saya sekali lagi dan terima kasih kepada Dewi Huo kerana menjadi pengapit saya. Saya harap saya boleh dapat sikit tuahnya dan hidup bahagia seperti dia."
"Tak macam Liu Siying langsung." Huo Mian tersenyum.
"Kan? Saya fikir benda yang sama… kalau dia tak hantar mesej suara selepas tu, mesti saya dah syak ada orang curi telefonnya. Saya terkejut mendengar betapa pintarnya dia. Kemudian, dia hantar banyak sampul merah kepada kamu, pemurah betul dia."
"Liu Siying bukan orang yang berfikiran sempit. Dia cakap apa yang dia fikir dan sangat berterus terang."
"Apa-apa pun, saya bersyukur dia dah berkahwin. Sekarang, kamu dah kurang seorang pesaing."
"Haha, berhenti risaukan saya. Kamu patut fikir tentang diri kamu."