"Keluar, semua keluar! Saya tak nak duduk di sini! Saya nak keluar! Saya nak main!"
Huo Mian mengikut arah jeritan kemarahan pesakit dan terpandang seorang lelaki muda, berumur 17 atau 18 tahun, terbaring di katil.
Dia sangat kurus, kulitnya kekuningan dan terdapat bulatan gelap di bawah matanya. Jelas sekali yang dia tidakmendapat tidur yang cukup.
Huo Mian melihat carta pesakit - Huang Jiaming, lelaki, 17 tahun, dalam gred 10, kelas 9 di Sekolah Tinggi Kedua. Disebabkan mania, dia telah banyak kali melanggar peraturan sekolah dan dibuang. Ibu bapanya merupakan pemilik pasaraya konglomerat tempatan. Dia merupakan anak tunggal dan mempunyai gaya hidup mewah.
Huo Mian hampir pasti punca simptom budak ini apabila melihat maklumat yang berada di tangannya.
Kemudian, dia menghampiri budak lelaki itu…
"Ketua Jururawat, jangan ke sana, bahaya," jururawat di belakang Huo Mian memberi amaran kerana bimbang Huo Mian akan cedera.