"Emm… dari mana perempuan gila ini datang? Mana semua pengawal peribadi?" Pengurusnya juga kelam kabut.
Huo Mian tersenyum kepada Zhao Qingya. "Cik Zhao, kamu sangat berani. Saya tak percaya kamu cuba singkirkan saya."
"Saya tak tahu apa maksud kamu." Zhao Qingya melihat Huo Mian dengan rasa bersalah.
Selepas dia menghubungi mereka dan memberikan 500,000 yuan sebagai wang pendahuluan, mereka memberitahunya dengan yakin yang perkara itu akan diselesaikan tidak lama lagi.
Sebenarnya, dia pernah menggunakan cara yang sama kepada selebriti kecil yang mahu menaikkan nama mereka dengan meniduri orang lain. Tidak lama selepas itu, sesuatu berlaku kepada wanita itu, memaksanya untuk meninggalkan syarikat dan Bandar C. Dia tidak pernah muncul kembali.