Walaupun Puan Qin agak marah pada Song Yishi dan ibunya kerana perbualan mereka ketika pembedahan Qin Chu, dia sudah lama mengenali Song Yishi malah telah menjaga Song Yishi selama setahun ketika gadis itu masih kecil. Oleh itu, Puan Qin masih menyukainya.
Sebaik sahaja dia melihat Song Yishi menangis, Puan Qin berjalan menghampirinya dan menepuk bahunya untuk memujuk. "Apa yang berlaku, Yishi? Siapa buli kamu, beritahu saya."
"Puan Qin… saya tak guna… saya dah musnahkan parti Qin Chu yang sempurna. Saya tahu saya bodoh, jadi saya tak boleh kalahkan mereka masa kami bermain. Saya asyik malukan diri saya sendiri dan saya tahu Huo Mian tak jadikan saya sebagai sasaran dan ia hanya untuk berseronok, tapi saya… saya sangat malu dan tak pernah dimalukan sebegitu sekali dalam hidup saya, Puan Qin, saya minta maaf…"
Song Yishi terus merapu tanpa henti dan meminta maaf di penghujungnya hingga membuatkan Puan Qin lebih keliru.