Tangan Huo Zhenghai yang sedang memegang epal sedikit menggeletar dan kemudian dia berkata, "Ayah terlalu tua sekarang dan dah tak berguna. Ayah mula rindukan anak Ayah, Huo Mian."
"Ya, saya dapat lihat dia gadis yang baik semasa di majlis pengebumian nenek," kata Huo Siqian sambil tersenyum.
"Dia tak mahu maafkan Ayah. Ayah tak tahu sempat atau tidak nak dengar dia panggil 'Ayah' sebelum Ayah meninggal," ujar Huo Zhenghai seperti sedang bersedih.
Huo Siqian mencapai tangan ayahnya dan menepuk belakang Huo Zhenghai untuk menenangkannya, "Dia akan maafkan Ayah, jangan risau. Mian tak kejam. Dia pasti kembali, saya janji."
"Kamu kenal rapat dengan Mian… secara peribadi?" Tanya Huo Zhenghai.
"Saya memang sukakan dia sebagai adik tapi dia tak suka saya. Dia tak pernah tegur saya kalau terserempak. Saya keliru, saya nak mendekatinya sebagai seorang abang dan jaga dia, tapi dia menolak."
"Oh..." luah Huo Zhenghai lega.